RINGKASAN SIDANG KEMUNCAK ASEAN. PERTEMUAN DAN HASILNYA BAKAL MENYUSUL.

 





Sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di Labuan Bajo, saya sempat mengadakan kunjungan hormat ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah selain pertemuan bilateral dengan beberapa rakan sejawat di rantau ASEAN.


Dalam kunjungan hormat ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, saya sampaikan hasrat Putrajaya selaku tuan rumah untuk melihat kehadiran dan keterlibatan Bandar Seri Begawan dalam Annual Leaders’ Consultation (ALC) tahun ini.


Selain itu, diskusi juga terarah kepada bidang pelaburan, penandaan tanah, kerjasama dalam kebudayaan dan pendidikan untuk dimanfaatkan kedua-dua negara.


Dalam pertemuan bilateral dengan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pula, saya sampaikan keterbukaan Malaysia menerima kehadiran delegasi mereka ke Putrajaya sempena ulangtahun ke-50 kedua-dua negara.


Diskusi juga menyentuh bidang pelaburan selain berharap agar isu pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat ditangani setegasnya.


Dalam sidang kemuncak kali ini juga, saya sempat mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari Laos Sonexay Siphandone dimana kami sepakat untuk lebih bekerjasama dalam bidang perbankan, program latihan pegawai dan diplomat selain pendidikan serta industri agrikultur.


Arakian, saya juga mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari Timor Leste, Taur Matan Ruak dimana saya mengulangi sokongan penuh berkaitan permohonan republik itu dalam keanggotaan keluarga ASEAN.


Malah, diskusi juga membincangkan keperluan meningkatkan peluang kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, agrikultur, dan bidang pembuatan makanan yang menuntut kebersamaan serta komitmen berterusan kedua-dua negara.


#MalaysiaMADANI



No comments: