NORMAN RADZUAN
Pencapaian PMX luar biasa bawa politik Madani
AKHIRNYA ANWAR BANTU PULIHKAN AIR KELANTAN
Sebenarnya saya tidak pasti yg mana satu ingin saya tuliskan sb
terlalu byk dilakukan oleh PMX utk disampaikan kpd pembaca dlm tempoh 24 jam
lalu.
Dipendekkan cerita pagi ini saya ingin menulis kisah contoh
pemimpin Islam yg tidak membawa politik dendam, pemimpin yg adil, pemimpin yg
penuh rasa tanggungjawab dan pemimpin yg ingin melakukan perubahan utk negara.
Sebelum pesawat yg membawa PMX landing ke Bumi Serambi Mekah,
kita telah mendapat khabar gembira bahawa KDNK Malaysia telah meningkat
sebanyak 5.6% iaitu melebihi dari ramalan.
Malah KDNK suku pertama ini lebih baik dari Indonesia dan China.
Menurut Jabatan Statistik kita telah terus catat lebihan RM 4.3 billion
daripada keluaran negara kasar.
Ia luar biasa kerana Anwar tidak sampai 6 bulan menjadi PM. Saya
pernah menulis dan memberitahu kpd mereka berikan Anwar satu kali peluang
sahaja… Alhamdulillah tidak sampai setahun telah nampak ‘hasilnya’.
Yes…Malaysia on the right track.
Atas faktor apa keyakinan saya? Mana2 negara jika melawan rasuah
pasti negara itu akan maju seperti Norway, Singapura dan lain2. Jadi siapa
pemimpin yg benar2 anti rasuah? Jawabnya hanya ada pada insan bernama Anwar
Ibrahim yg konsisten memerangi rasuah hingga sanggup dipenjarakan.
———————————————————————————
Baru ingin mengulas panjang lebar mengenai KDNK, saya terpaksa
batalkan hasrat tersebut apabila melihat kpd kejadian di Kelantan yg luar
biasa.
Pertama sayu saya melihat puluhan ribu rakyat Kelantan menyambut
Anwar di mana ia pernah berlaku di Stadium Sultan Muhammad 25 tahun dahulu.
Kehadiran Anwar disambut dgn laungan Reformasi.
Malamnya pula Anwar bersama legasi Tuan Guru Nik Aziz iaitu Nik
Omar dan Nik Abduh. Ia adalah moment nostalgia yg memperlihat aura yg ada kpd
Anwar. Bukti Anwar menyatukan dua saudara ini yg terpisah kerana politik dan
bukan membawa politik kebencian.
Walaupun rakyat Kelantan menolak PH parti pimpinan Anwar, beliau
tidak berdendam. Malah derita 60 tahun rakyat Kelantan tidak mendapat bekalan
air bersih, Anwar berjanji utk selesaikan permasalahan ini.
Bukan Mahathir, bukan Najib, bukan Muhyiddin dan bukan Ismail
Sabri yg kononnya ingin membela nasib Melayu utk memulihkan bekalan air bersih
buat rakyat Kelantan. Tetapi insan bernama Anwar Ibrahim yg dikeji dgn pelbagai
fitnah inilah yg mengambil pendekatan utk menghilangkan penderitaan rakyat
Kelantan.
Org beri tuba kita balas dgn madu itu style DS Anwar Ibrahim di
mana di kalangan org parti di dlm PKR selalu menyindirnya sebagai ‘ Pemaaf
tahap dewa’.
Di mana karektor itu kurang disenangi pengikutnya dan ahli parti
tetapi Anwar tetap dgn prinsip sesuai dgn amalan Islam tidak mengamalkan
politik dendam.
Apa kata Anwar ? “ Saya tidak sanggup berlaku zalim kpd tokoh2
politik kerana saya sudah rasa apa itu kezaliman.”
Kita tahu ramai org2 agama memfitnah Anwar dgn pelbagai tuduhan
memburukkan dirinya. Apapun fitnah dilemparkan kpdnya, Anwar tetap meluluskan
RM103.6 juta utk Imam, guru, bilal, guru takmir, KAFA di Kelantan. Tak cukup
dgn itu bayaran khas sebanyak RM 3.2 juta kpd 5470 guru KAFA.
Bukan itu sahaja utk tambatan banjir Anwar telah meluluskan RM 1
billion utk negeri Kelantan. Saya sgt berharap rakyat Kelantan buka pintu hati
mereka… insan yg mereka fitnah pelbagai tuduhan inilah yg telah membantu mereka
sehingga memperuntukkan berbillion ringgit.
Sdgkan mereka yg menjerit Melayu itu tidak ada apa yg mereka
lakukan. Malah pemberian ratusan juta ringgit kereta Mercedes yg dibeli.
Di hati kecil saya yakin dgn puluan ribu yg hadir dgn laungan
Reformasi… rakyat Kelantan ingin melakukan perubahan. Rakyat Kelantan Insyallah
sedar mereka sendiri kena bantu diri mereka utk keluar dari kesusahan dan
kemunduran negeri ini.
Saya dpt merasakan ‘ PMX Wave’ akan berlaku di Kelantan. Nanti
kita bincangkan perkara ini…
Esok apa lagi yg PMX mahu lakukan?