Anwar Ibrahim
Dalam kesibukan tugasan harian, saya berkesempatan menghadiri majlis khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perdana Menteri bersama staf-staf yang terlibat dalam memuliakan lagi kehadiran bulan suci Ramadan ini.
Majlis yang dipimpin Johan Musabaqah Antarabangsa, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali diadakan dalam penuh ketenangan dan kemerduan tatkala ayat-ayat Al-Quran dibacakan.
Pastinya banyak kebaikan dalam membaca Al-Quran antaranya menjadi syafaat di hari akhirat selain diangkat martabat golongan yang membacanya.
Al-Quran sarat dengan pelbagai pedoman dan pengajaran untuk memandu manusia melalui kehidupan dunia dan akhirat. Moga kita semua mendapat manfaat dari Yang Maha Esa InsyaAllah.
#MalaysiaMADANI