KEDUDUKAN POLITIK DI 6 BUAH NEGERI DLM PRN2023
Kerajaan pusat telah dibentuk atas nama Kerajaan Perpaduan (KP)
atas restui YDPA dan Majlis Raja-Raja.
YAB Ds Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai PMX dimana Barisan Kerajaan baru mempunyai 148 kerusi (2/3 majoriti) cukup stabil. Komponen KP terdiri daripada komponen berikut:
PH:. 82 kerusi parlimen
BN:. 30 kerusi parlimen
GPS:. 23 kerusi parlimen
GRS:. 6 kerusi
WRSN:. 3 kerusi
KDM:. 1 kerusi
PBM:. 1 kerusi
BEBAS:. 2 kerusi
Manakala Barisan Pembangkang (pas/pn) sebanyak
74 kerusi " Doh cukop jumlohh" iaitu:
PN: 52 kerusi parlimen
PAS:. 22 kerusi parlimen
Pada masa ini parti-parti yang menguasai kerajaan negeri seperti
di bawah:-
Sabah: KM dari GRS
Srwk: Premier dari GPS
Johor: MB dari UMNO
Melaka: KM dari UMNO
N9: MB dari PH (PKR)
Sel: MB dari PH (PKR)
Phg: MB dari UMNO
Perak: MB dari UMNO
P.P: KM dari PH (DAP)
** Kerajaan Perpaduan
Kel: MB dari PAS
Ked: MB dari PAS
Perlis: MB dari PAS
Trengganu: MB dari PAS
Saya telah membuat tinjauan politik menghubungi semua kumpulan dari pelbagai golongan termasuk para akademik/penganalisa politik/pegawai2/pesara2/dll. Semua yang saya bincang terutamanya soal-soal politik sama ada secara bersemuka atau "by phone" bahawa majoritinya bersetuju sebaik- baik Kerajaan Negeri biarlah sehaluan
dengan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh YAB DS Anwar (PMX)
Berikut kedudukan kerusi DUN di 6 buah negeri iaitu:
1) P.Pinang mempunyai 40 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 21 kerusi dun
- Keputusan pru14: PH menang 37 kerusi, BN menang 2 kerusi, Gagasan sejahtera 1 kerusi
2) Kedah mempunyai 36 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 19 kerusi dun
Kedudukan pru14: PAS menang 15 kerusi dun,
PPBM menang 5 kerusi tetapi telah menyokong PAS . BN menang 3 kerusi juga telah menyokong PAS"
Sanusi dilantik MB Kedah hasil sokong pengkhianat iaitu PPBM dan geng2 pro pengkhianat yang dibeli.
Manakala PH menang 13 kerusi dun sebagai pembangkang di Kedah
3) Kelantan mempunyai 45 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 23 kerusi.
Keputusan pru14
PAS menang 37 kerusi dun dan BN menang 8 kerusi dun
4) Negeri Sembilan mempunyai 36 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 19
kerusi dun
- Keputusan pru14:
PH menang 20 kerusi dun dan BN menang 16 kerusi dun.
5) Selangor mempunyai 56 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 29 kerusi dun.
Keputusan pru14:
PH (PKR) 28 kerusi
PH (DAP) 14 kerusi
PH (AMNH) 5 kerusi
PPBM: 4 kerusi
BN: 4 kerusi
PAS: 1 kerusi
- PH bentuk kerajaan dengan 47 kerusi dun.
Barisan pembangkang sebanyak 9 kerusi sekarang tolak BN 4 kerusi tinggal 5 kerusi sebagai Barisan Pembangkang -
6) Terengganu mempunyai 32 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 17 kerusi dun.
- Keputusan pru14:
PAS menang 22 kerusi
dan BN menang 10 kerusi
Berdasarkan temubual yang dibuat oleh saya dan juga maklumat yang boleh dipercayai memberitahu saya bahawa komponen KP akan menang bergaya di Selangor/N9/Pulau Pinang.
Dakwaan PAS/PN mahu menawan Selangor/N9 dalam prn2023 hanya mimpi di siang hari kononnya berdasarkan kemenangan kerusi parlimen pru15 , dakwa pas/pn akan diterjemah dalam prn2023?. Insya Allah cita-cita pas/pn tidak akan kesampaian.
Untuk makluman dalam Pru14 pas hanya menang 1 kerusi manakala ppbm 4 kerusi.
Yakinlah bahawa
gabungan dan kerjasama erat antara PH dengan BN dalam prn2023 akan memberi kekuatan baru kepada KP di Selangor.
Jangan terkejut di Kedah dan Terengganu, KP akan membentuk kerajaan baru yang sehaluan dengan Pusat.Insya Allah jika Kedah dan Terengganu menang maka UMNO diberi peluang menjadi MB baru kecuali PH menang kerusi lebih dari BN di Kedah tidak mustahil MB dari PH.
Di Terengganu saya difahamkan BN/PH dijangka menang antara 18 kerusi hingga 22 kerusi. Gelombang perubahan rakyat mahukan sebuah kerajaan baru sehaluan dengan kerajaan pusat memudahkan program dan pembangunan untuk rakyat mula diperkatakan oleh orang Terengganu. Masing-masing mencadangkan agar PH guna logo BN di semua dun yang bertanding di Terengganu.
Jika PN boleh menggunakan logo PAS maka tiada masalah bagi PH guna logo BN di Terengganu dalam prn2023. Sejarah pru di Terengganu pas tidak pernah memerintah lebih dua penggal.
" Jangan lupa 1999 pas menang 28 kerusi dun dan BN menang 4 kerusi dun". Tetapi dalam pru 2004 BN menang 28 dan pas menang 4 dun sahaja. Oleh itu pas jangan takabur sangat.
Kehebatan PMX telah mendapat kepujian rakyat Terengganu. Walau bagaimanapun penyokong tegar pas tetap menyerang pmx. Wallaun akan berperanan bersama para toklebai dan ustaz terus berkempen menjual agama dan kononnya pas/pn menentang kerajaan islam liberal yang dipimpin oleh Anwar.
Di Kelantan difahamkan PAS akan kekal
memerintah dalam prn2023. Tidak mustahil BN/PH akan menjadi pembangkang yang kuat di Kelantan.
Harapan saya semoga semua pimpinan KP turun padang dalam majlis ceramah anjuran sekretariat KP di Kedah/Kelantan/Terengganu.
Kehadiran PMX bersama TPM dan para menteri akan memberi kekuatan sokongan kepada KP kerana
Rakyat ingin membuat perubahan dalam prn2023. " Tunggu dan Lihat rakyat menanti Gelombang Anwar".
Satu perkara rayuan saya ialah peranan Menteri Komunikasi & Digital, Menteri Agama tolong memberi perhatian kepada media sosial/RTM pergiatkan kempen membantu KP. Tolong pantau akhbar sama ada Utusan Malaysia/Berita Harian dan Sinar Harian kerana dilihat seakan-akan condong kepada pas/pn.
Tolong kawal titok tajaan pas/pn yang menyerang 3R.
Menteri Agama tolong membantu PMX dalam menjayakan hal-hal islam termasuk KONSEP MADANI.
Di Terengganu khasnya saya berharap MPN dan SUN Terengganu tolong gerakkan peranan Ketua Penerangan dan Pengarah Komunikasi supaya jangan peluk tubuh dan tolong pro aktif untuk membantu YB Nik Nazmi dalam persiapan PRN2023. MPN jangan goyang kaki tapi hendaklah bergerak dari sekarang jangan belilit kenting dengan pucuk pimpinan. Tumpukan tugas yang diamanah demi perkasakan pkr Terengganu.
Sekian
TK
OLEH: AWI PKR TRG