Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula tidak merasa puas, mengutus surat kepada Dr Yusuf Al-Qardhawi dan ramai pemimpin Islam seluruh dunia bahawa kononnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) sekular, memusuhi Islam, disokong freemason, komunis, zionis, Amerika dan banyak lagi fitnah yang ditabur Hadi.
Pemimpin PAS yang terlepas cakap secara terbuka seperti Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menuduh Anwar penyokong LGBT, kalah Saman dan mengakui apa yang beliau katakan sebenarnya adalah bohong, palsu dan fitNah.