Saya ditanya Tan Sri Muhyiddin kenapa kerajaan tidak berhutang
sehingga RM100b ke RM200b supaya ada peruntukan segera kepada rakyat yang kata
beliau semakin susah berbanding sebelum ini.
Jawapan saya:
1) data ekonomi menunjukkan keadaan sekarang lebih baik
berbanding semasa TS Muhyiddin menjadi PM, jadi dakwaan itu tidak benar
2) budaya mewariskan hutang kepada generasi akan datang agar PM
boleh popular dengan mengagihkan wang kepada pengundi ini mesti dihentikan
Ikuti perbahasan penuh dari Parlimen hari ni