Fitnah kereta mewah: Dr Agus akan buat laporan polis









 Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung fitnah kononnya beliau memiliki kereta mewah selepas dilantik ke jawatan sekarang.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohamad Agus Yusof akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung fitnah kononnya beliau memiliki kereta mewah selepas dilantik ke jawatan sekarang.


Menurut satu kenyataan ringkas, Dr Agus telah meminta peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap aktivis Perikatan Nasional (PN) yang telah memfitnahnya.

"Terima kasih atas keprihatinan kawan-kawan tentang tohmahan Chegu Bard terhadap saya.

"Saya tiada komen lanjut.

"Saya telah minta pegawai saya buat laporan polis hari ini dan minta peguam saya ambil tindakan perlu esok.

"Biarlah proses keadilan mengambil tempatnya," katanya.

Beliau tidak mahu fitnah tersebut mengganggu tugasannya dan mahu memacu JKOM menjadi jentera pencerahan fikiran rakyat.

"Saya mahu menumpukan masa untuk menggerakkan aktiviti J-KOM dan merancang hal-hal perlu sesuai dengan tugas yang diamanahkan ke atas bahu saya.


"Doakan saya dan pasukan kami di J-KOM. Semoga kami di bawah lindungan Allah selalu," katanya la


Sebelum ini pemimpin Bersatu Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Chegu Bard memuatnaik gambar kereta Mercedes Dr Agus dan membandingkannya dengan kesukaran hidup orang miskin yang terpaksa mengeluarkan wang KWSP untuk membayar hutang kereta.


Bagaimanapun sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah J-KOM, Hishamuddin Ghazali berkata, gambar kereta Mercedes bernombor AGU 55 adalah milik Dr Agus yang dibeli beliau ketika belum dialntik sebagai Ketua Pengarah J-KOM