AMIN AHMAD
Kebelakangan ini timbul dakwaan kononnya Pakatan Harapan (semasa
Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan) telah membatalkan pengecualian cukai
kepada Yayasan Al-Bukhary. Dakwaan ini pada mulanya dibuat oleh Tan Sri
Mahiaddin Yassin, ahli parlimen Pagoh merangkap Pengerusi Perikatan Nasional
dan Presiden Bersatu. Kini diulang oleh Wan Ahmad Fayhsal, Ketua Pemuda
Bersatu.
Jawapan kepada perkara ini telah dikemukakan di Dewan Rakyat.
Semakan status pengecualian cukai Yayasan Bukhary sebenarnya boleh dibuat di https://www.hasil.gov.my/en/quick-links/services/donation.
Yayasan Bukhary bukan saja tidak pernah dihentikan taraf
pengecualian cukai yg diberi sejak 1/3/2000 sehingga 30/6/2023, malah saya
difahamkan kelulusan ini telah dilanjutkan sehingga 30/6/2028.
Satu tindakan jenayah dan sivil telah dikemukakan oleh Lim Guan
Eng setelah Tan Sri Mahiaddin gagal menarik balik dan memohon maaf atas dakwaan
salah ini. Berkemungkinan Wan Ahmad Fayhsal juga akan menghadapi perkara yang
sama jika gagal berbuat demikian.