1. Selama tiga hari, setelah hanya empat bulan menjadi PM, DSAI
melakukan lawatannya ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 2023.
2. Pulang sahaja kelmarin, pembangkang membangkitkan tiga isu
untuk menunjukkan lawatan PM dan delegasinya ke Arab Saudi gagal.
3. Tiga isu tersebut ialah: (
4. Bagi menyedapkan lagi cerita, mereka membandingkan kejayaan
lawatan TSMY dengan DSAI. Kata mereka, semasa TSMY melawat Saudi, beliau dan
rombongannya disambut oleh Raja Salman.
5. Realitinya ialah TSMY mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi
hanya setelah setahun menjadi PM. Hasrat TSMY untuk bertemu Raja Salman secara
bersemuka pada Mac 2021 gagal apabila bertemu secara dalam talian sahaja.
6. Tetapi kerana perbezaan (atau mungkin dendam) politik,
lawatan DSAI digambarkan sebagai membazir duit negara dan sekadar lawatan makan
angin sahaja.
7. Mengapa begitu kecil jiwa kita menilai kejayaan atau
kegagalan lawatan PM DSAI ke Saudi? Tidakkah boleh kita melihat kejayaan PM
dalam tempoh hanya 3 hari lawatannya ke Saudi?
i. Mengadakan pertemuan dengan OIC dan Liga Muslim Dunia di
Makkah.
ii. Menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MOU)
antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan
Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub
International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn. Bhd.
iii. Mendengar taklimat ahli perniagaan Malaysia mengenai
penglibatan meluas mereka dalam bandar futuristik Neom, projek mega terbaru
Arab Saudi, dan pelbagai peluang pihak industri dari Malaysia di sana.
iv. Membincangkan isu yang melanda dunia Islam dan inisiatif
membina jaringan, berdasarkan nilai serta kerjasama bersama.
8. Tidak berjaya lagikah lawatan DSAI dengan apa yang telah
dilakukan dalam tempoh tiga hari lawatannya ke Saudi? Jika tidak berjaya lagi,
saya tidak tahulah apa ukuran kejayaannya dari kaca mata pihak pembangkang.
9. Adakah tidak berjaya hanya kerana tidak dapat berjumpa dengan
Raja Salman dan Putera Mahkota atau ada hujah lain yang lebih substantif?
10. Dalam hal ini, DSAI telah menjelaskan sebabnya. Sebenarnya,
pimpinan Arab Saudi telah memohon supaya kunjungannya diperpanjangkan selama
dua hari lagi untuk meneruskan pertemuan dengan pimpinan negara itu. Ini kerana
Raja Arab Saudi dan Putera Mahkotanya telah menukar jadual mereka menjelang
Ramadan.
11. Namun, DSAI terpaksa menolak dan berjanji akan datang lagi.
Menolak kerana pada 25 Mac beliau dan kabinetnya ada majlis berbuka puasa
dengan Agong, 27 Mac lawatan sehari ke Kemboja, dan 29 Mac lawatan ke China
bertemu dengan 2 pemimpin besar China Xi Jinping & Li Qiang.
12. Tidakkah padat jadual itu? Tidakkah melibatkan perubahan
besar jika ditangguhkan kepulangan dua hari lagi? Fahamilah kekangan masa PM
kita yang bekerja kuat untuk negara.
13. Pembangkang juga mengkritik PM kerana tidak membawa bersama
menteri agama? Kunjungan ini adalah berkaitan dengan hal ehwal semasa dan
perdagangan, bukannya urusan agama. Jadi apa masalahnya?
14. Pembangkang juga mendakwa Raja Salman dan Putera Mahkotanya
tidak suka PM kita. Faktanya ialah mereka adalah antara pemimpin luar pertama
yang menzahirkan ucapan tahniah kepada DSAI selepas mengangkat sumpah jawatan
sebagai PM pada 24 November 2022.
15. Pada 25 November, Raja Salman dalam perutusan tahniahnya
menzahirkan agar rakyat Malaysia terus maju jaya serta makmur. Putera Mahkota
pula menzahirkan agar rakyat Malaysia terus sejahtera di bawah kepimpinan PM
yang baharu.
16. Jadi, apa masalahnya dengan lawatan PM ke Arab Saudi setelah
tidak dapat berjumpa dengan pemimpin mereka? Masalahnya ialah pemimpin
pembangkang sengaja hendak memalukan PM dan bermain politik.
17. Bermain politik pun janganlah sampai ke tahap dendam dan
benci. Kita sama-sama perlu menjaga imej dan hubungan baik dua negara.
18. Malaysia dan Arab Saudi adalah rakan dagang terbesar. Pada
tahun 2022, Arab Saudi merupakan destinasi eksport ketiga terbesar dan sumber
import terbesar di rantau Asia Barat, dengan jumlah dagangan dua hala bernilai
RM45.52 bilion (USD10.26 bilion). Itu belum mengambil kira lagi keperluan kuota
haji yang kita perlu dari Arab Saudi setiap tahun.
19. Jika tidak berpuas hati juga dengan hasil lawatan dan kos
lawatan PM ke Arab Saudi, tanya PM sendiri di parlimen. Setiap Selasa PM sedia
menjawab.
20. Jangan pula tidak datang masa itu. Dari situlah, baru rakyat
tahu apa sebenarnya isu yang dikecohkan oleh pembangkang ini.
DATO DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF
Ketua Pengarah J-KOM