Makin hari makin menarik. Dah malam ni. Kalau tak boleh pergi
Aeon Tebrau beli popcorn Garrett ni. Sebab cerita makin best ni.
Ini projek yang heboh disebut sebelum ini di mana Mahiaddin
dikatakan memberi kontrak bernilai RM1.16 bilion kepada syarikat menantunya
dengan cara runding terus.
Pemimpin PN jangan marah bila SPRM siasat. Itu memang kerja
SPRM. Lagi pun PN kan mengaku bersih. Kalau tak salah, nak takut apa bila SPRM
siasat. Beri je kerjasama.
Pembunuhan karakter? Balas dendam? Owh come on! Nak bunuh
karakter bukan senang. Kena plan betul-betul. Kerajaan baru 2 bulan. Nak
rancang konspirasi pun tak sempat lagi.
Tambahan pula Azam Baki tu lantikan Mahiaddin. Kalau betul DS
Anwar nak susahkan Mahiaddin, perkara pertama beliau buat mesti tukar Ketua
Pesuruhjaya SPRM dulu. Kan? Guane boh?