Faizal kata Bersatu tak simpan duit di rumah tetapi dalam akaun
dan semuanya ada rekod. Katanya lagi Bersatu dapat sumbangan yang besar
daripada syarikat korporat dan perniagaan.
Cerita dia macam ni. Bukan masalah duit tu simpan di mana. Tapi
masalah sebenarnya, duit tu datang dari mana. Kalau betul dari syarikat
korporat, apa namanya dan lebih penting, kenapa?
Kita tak persoal duit tu simpan di mana. Yang kita persoal,
macamana tiba-tiba Bersatu diberikan duit dalam jumlah yang banyak. Pada masa
yang sama, ketika Mahiaddin jadi PM, terdapat banyak projek yang diserahkan
tanpa tender terbuka.
Apakah duit itu disumbangkan syarikat korporat sebagai balasan
kerana diberikan kontrak secara runding terus? Senang cerita, setiap kontrak
yang diberikan, ada komisen 3% hingga 5%?
Itu yang kita nak tahu. Kerana rakyat akan kerugian jika kontrak
diberi kepada yang sedia beri komisen, bukan yang layak. Jadi hasilnya kurang
kualiti. Tak payah nak pusing la. Rakyat sekarang dah cerdik kecuali walaun dan
chaibunge. Guane boh?
.