PENYELESAIANNYA MUDAH: WALAU PUN MAHATHIR DAH TUTUP DAN KELUAR PEJUANG YANG MERUPAKAN PARTI YANG DIASASKAN NYA , DAN PEJUANG TAK PERNAH MENANG WALAU SATU PUN KERUSI, BERMAKNA RAKYAT TOLAK MAHATHIR, DAN KESELURUHAN AHLI PARTI ITU.
MEREKA INI SEBENARNYA ADALAH PENGKHIANAT KEPADA UMNO BERSATU DAN PEJUANG. BERMAKNA TAK BOLEH LANGSUNG PAKAI MANUSIA SEBEGINI. TAK USAH LAH PEDULI MEREKA INI KERANA MEREKA UMPAMA BANGKAI BERNYAWA.....TIDAK ADA TIDAK MENGURANG ADA PULA TIDAK BERMANFAAT APA APA PUN. JIKA PARTI YANG MEREKA TUBUHKAN SENDIRI PUN MEREKA KHIANAT DAN BUBAR....MAKA ADAKAH ANDA PERCAYA MEREKA INI ???
Dalam satu perkembangan yang agak mengejutkan semalam, Tun Mahathir Mohamad bersama 12 pengikutnya mengumumkan keluar daripada Pejuang, parti yang diasaskannya sendiri yang kini diterajui anaknya, Mukhriz Mahathir.
Antara yang turut keluar parti ialah Timbalan Presiden, Marzuki Yahya dan beberapa ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.
Sebelum ini, Tun Mahathir sudah pun mengumumkan pengundurannya sebagai Pengerusi Pejuang.
Alasan keputusan itu kerana tidak setuju dengan keputusan Pejuang keluar daripada Gerakan Tanah Air.
Daripada satu sudut, tindakan Tun Mahathir ini dengan sendirinya memperlihatkan sikapnya yang sering bermasalah dengan ramai orang sejak dulu lagi.
Daripada PM1 Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj hinggalah kepada PMX, Anwar Ibrahim, semuanya Tun Mahathir bermasalah dengan mereka.
Kini, sehingga dengan parti yang dipimpin oleh anak kesayangannya sendiri pun beliau nampaknya ada masalah juga kesudahannya.
Akhirnya, dengan siapa sebenarnya yang Tun Mahathir benar-benar secocok dan tidak bermasalah?
Daripada maklumat yang diterima, keputusan Tun Mahathir itu adalah disebabkan tidak setuju dengan keinginan anaknya, Mukhriz untuk membawa Pejuang berbaik dan bekerjasama dengan PH.
Sementara PH dan Anwar memang merupakan musuh kepada Tun Mahathir, tetapi selepas PRU15, Mukhriz melihat Anwar dan PH adalah pihak yang paling berpotensi untuk beliau berteduh bagi meneruskan laluan politiknya.
Ia tentunya kerana PH kini adalah kerajaan di perringkat pusat dan Anwar merupakan Perdana Menteri, walaupun pada awal 2022 lalu, Mukhriz pernah menyifatkan masa untuk Anwar sudah berlalu dan tidak sesuai lagi dipertaruhkan sebagai calon Perdana Menteri.
Ketika itu, beliau juga berkata, sudah sampai masanya bagi PH mencari calon Perdana Menteri yang baru.
Namun, dengan Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri dan agar masa depannya tidak terkubur berikutan kalah teruk pada PRU15 baru-baru ini, Mukhriz kini sanggup menelan kembali kata-katanya itu dan ingin membawa Pejuang bekerjasama dengan PH.
Sandaran utama Mukhriz untuk membawa Pejuang bekerjasama dan bernaung di bawah PH ialah kedudukan parti itu yang mempunyai dua Adun di Kedah ketika ini – dirinya sendiri sebagai Adun Jitra dan Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah sebagai Adun Anak Bukit.
Dengan kedudukan itu, melalui kerjasama dan bantuan PH, Pejuang berharap mereka dapat terus bertanding dan lebih berpeluang mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut dalam PRN Kedah tidak lama lagi.
Bertanding bersendirian, sebagaimana dalam PRU15 lalu, Pejuang sedar harapan yang ada hanyalah mencatat rekod hilang deposit sekali lagi.
Disebabkan itulah, Mukhriz lebih ghairah mahu membawa Pejuang bekerjasama dengan PH, walaupun beliau sedar, bapanya tidak sebulu dengan Anwar.
Soalnya, apakah Anwar dan PH sedia bekerjasama dengan Pejuang?
Dalam ini, keputusan Tun Mahathir keluar daripada Pejuang tidak mustahil adalah sebagai pengorbanan untuk memisahkan dirinya daripada parti tersebut supaya Anwar dan PH tiada masalah lagi untuk bekerjasama dengan anaknya itu.
Berbanding jika Tun Mahathir masih ada bersama Pejuang, tentulah sukar untuk Anwar dan PH bekerjasama dengannya.
Sekurang-kurangnya jika Pejuang dapat bekerjasama dengan PH, lebih-lebih lagi jika Mukhriz mampu kekal lagi sebagai Adun Jitra dalam PRN Kedah, hayat politiknya bekas MB Kedah itu tidaklah terkubur begitu saja.
PRU16 akan datang pun beliau boleh bertanding sekali lagi bersama dan bekerjasama dengan PH.
Hakikatnya, nampak macam bapa berbalah dengan anak sendiri, sebenarnya inilah tanda ayah yang ada rasa kasih sejati. – ShahbudinHusin 11/02/2023.