Anthony Loke Siew Fook
Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat "road
tax" tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, saya tahu
ramai yang ada pelbagai persoalan. Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan
yang sering ditanya;
1) Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?
Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan
digital untuk road tax dan lesen memandu.
2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat
tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?
Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan
lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.
3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas
tempoh sah tamat?
Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.
4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang
tak ada internet, macam mana?
Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh
dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.
5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan
digital road tax?
Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan
simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu
kesalahan...pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.
6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?
Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang
ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.
Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan
cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.
Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil
masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan
tersebut.
Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan
sebaik mungkin
Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki
sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.
Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.
Terima kasih!