ASYRAF JEFFRY
Penyelesaian terbaik
ialah tenant bayar semua hutang. Kalau YB masuk campur, seolah-olah manjakan
anak dan mereka akan ulang lagi. Hutang wajib bayar walaupun bukan dengan kawan.
17 h ·
Petang tadi saya terima info pihak Air Selangor telah mengunci
air Apartmen Putra Ria.
Ini berpunca dari hutang lebih kurang RM170,000 bil Air Selangor
yang tidak dilunaskan sehingga kini.
Berdasarkan rekod pengurusan, difahamkan 358 unit (54.2%)
berhutang maintenance sebanyak RM2.47 juta (purata RM6,899).
Isunya terlalu ramai yang tidak membayar bil maintenance
bulanan, walaupun peringatan telah dibuat oleh pengurusan. Bil bulanan antara
RM49 ke RM53 seunit.
Sementara waktu, pihak Air Selangor telah bersetuju untuk
membuka semula air malam ini.
InshaAllah
saya akan bertemu pihak Air Selangor, pengurusan Putra Ria serta persatuan penduduk
esok bagi mencari penyelesaian terbaik.