Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) merupakan satu daripada 3 komponen penting dalam pelaksanaan IPR. Inisiatif ini merupakan serampang dua mata yang dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah kekurangan bahan mentah makanan.
Setiap peserta yang terlibat akan mengusahakan hasil tanaman import yang tinggi seperti cili, halia dan jagung bagi memenuhi rantaian permintaan setempat.
Sebanyak 800 ekar tanah milik kerajaan persekutuan akan dimanfaatkan untuk pembangunan sektor pertanian oleh para peserta. Sasaran kerajaan ialah sebanyak 5,000 ekar pada tahun 2023 sekiranya mendapat kerjasama dari kerajaan-kerajaan negeri.
Berdasarkan modeling awal yang dilaksanakan, setiap peserta akan mendapat bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan. Begitu juga dengan elaun bulanan peserta yang akan diberikan sementara menunggu hasil tuaian.
Mereka yang bersama-sama dengan kementerian seperti pihak swasta, rantaian peruncit serta agensi-agensi kerajaan akan menjadi Rakan Strategik dengan membeli hasil pertanian peserta seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap hasil tanaman import.
Sekiranya anda layak dan memenuhi syarat untuk INTAN, boleh mohon & daftar di link ini : https://ipr.epu.gov.my