Ada yang bertanya pendapat aku tentang kenyataan Fahmi Fadzil ini.
Ada akar umbi Keadilan yang mula minta imbuhan selepas menang.
Kemudian aku jumpa di ruangan komen gambar ini. Mengikut
pemahaman aku, sepertinya ada salah lapor atau salah tajuk dalam kes ini.
Awalnya aku tak mahu komen. Sebab aku sendiri belum tengok videonya.
Jadi aku tak dapat tafsir apa sebenarnya maksud YB Fahmi.
Kemudian ada yang tag aku di posting yang mana ahli Keadilan
boikot untuk buat posting berkenaan kerajaan ini kerana rasa terhina.
Untuk makluman, aku bergerak solo. Dulu, kini dan mungkin
selamanya. Aku tak terikat dengan mana mana kumpulan walaupun aku ahli
Keadilan.
Jadi kalau ada yang boikot atau apa, itu hak mereka dan ya,
mereka ada hak untuk merasa terkilan atau dimalukan dengan kenyataan ini.
Secara peribadi, jika benar YB Fahmi memang ada menuturkan
kata-kata ini, aku tak berkecil hati pun. Aku percaya YB bercakap berdasarkan
apa yang dia temui.
Mungkin ada yang meminta imbuhan. Tapi rasanya tak ramai.
Mungkin hanya seorang dua. Jadi tujuan YB adalah supaya ini tidak menjadi
budaya.
Pun begitu, aku tak rasa ianya patut diperkatakan di tempat awam
atau kepada media. Mungkin kalau ada kongres parti atau majlis tertutup.
Dan sebenarnya, akar umbi yang membantu pun bukanlah minta duit
sangat. Mereka mungkin minta sedikit sumbangan. Internet pun kena bayar. Masa
pun banyak dihabiskan untuk memenangkan parti.Berterima kasih sedikit tak salah pun.ianya satu penghargaan.
Pendapat aku, kebanyakan hanya mahu dihargai. Tak mahu seperti
diketepikan selepas kejayaan dicapai dalam PRU15 tempohari.
Tapi aku nak tegaskan, aku tulis ni bukan untuk diri aku. Untuk
aku imbuhan yang aku mahu hanyalah sebuah negara yang aman dan makmur.
Kenapa aku tak mahu ikut boikot? Sebab aku mahu kerajaan ini
dipertahankan. Betul YB Fahmi salah kalau benar dia ada cakap perkara ni. Tapi
negara kita sedang dihujani fitnah.
Fitnah telah jadi budaya pembangkang dan kalau tak dilawan, kita
mungkin akan kehilangan kerajaan yang kita idamkan selama ini.
Tak adil untuk Fahmi labelkan semua akar umbi hanya kerana
seorang dua yang dia jumpa minta imbuhan. Dan tak adil juga untuk aku boikot PH
kerana seorang menteri.
Suka aku nak beritahu, ini sekadar pendapat aku. Ini apa yang
aku rasa. Aku tak sokong dan tak larang mana-mana pihak untuk boikot. Itu
terpulanglah kepada individu tersebut.
Aku hanya akan boikot kerajaan ini jika mereka mula lupakan
rakyat miskin dan menyakau untuk kepentingan peribadi. Selagi itu tak terjadi,
selagi itu aku bersama PH. Guane boh?