Bila orang bising peserta HIMPIT berhimpun dan berarak bawa
senjata (walaupun mungkin bukan senjata sebenar), tiba-tiba mamat ni up gambar
ini di akaun media sosialnya.
Maksud dia, opera Cina relax je pegang senjata. Tak jadi isu
pun. Tapi bila PAS buat, jadi kecoh. Nampak macam kerajaan ni lebih pentingkan
Cina. Orang Melayu kena je.
Masalahnya, opera Cina tu pegang senjata dalam opera dia je.
Kalau pelakon ni bawa senjata macam tu, jalan ramai-ramai dengan yang
berpakaian sama macam dia di tempat awam, dengan muka bengis, akan jadi isu
juga.
Kena tengok pada tempat dan situasi la. Contoh mudah, kalau dia
mandi bogel dalam bilik air, tak ada siapa nak marah. Cuba dia mandi bogel
dalam kolam awam. Cuba la tengok kena halau ke tidak.
Benda mudah tapi saja buat complicated. Macam biasa, mesti ada
dalil. Dan ancam biasa, dalil dia mesti nak kaitkan dengan isu kaum. Kalau tak
ada isu kaum, PAS mati. Guane boh?
.
.