SUNNAH YANG BAIK, TAHNIAH PMX.
1. Kebetulan malam ini saya berehat di rumah, menonton berita
jam 8 malam. Esok bermula Tahun Baru 2023.
2. PMX melakukan suatu tindakan yang saya kira harus diberi
pujian. Membatalkan sambutan tahun baru yang menimbulkan lebih banyak perkara
negatif berbanding positif.
3. Tetapi saya lebih gembira apabila melihat beliau muncul di
kaca TV berucap di dalam masjid, rumah Allah SWT dan memberi nasihat sambil
memetik Kalam Allah SWT.
4. Ini adalah sunnah yang baik yang perlu diteladani oleh para
PM akan datang dan diteruskan.
5. Sunnah seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana PM
Malaysia sebelum ini.
6. Semoga apa yg dilakukan oleh PMX ini termasuk dalam hadith
Abu Hurairah R.A, di mana Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا
بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ
أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ
بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ
مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ
Maksudnya: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan
lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran
semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi
ganjaran yang mereka perolehi. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu
amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat
baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya
sedikit pun.”
(Riwayat Muslim).
7. Manakala hadith daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amir al-Ansari
R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka
dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.”
(Riwayat Muslim)
8. Saya mendoakan agar PMX dapat meneruskan lebih banyak islah
untuk negara ini. Insya Allah.
Ahmad Jailani Abdul Ghani
31/12/22