Sebenarnya hanya 3 MP PH yang ditanya. Hassan Karim, Dr. Dzul dan Wong Chen. Tapi yang sokong GST diadakan semula hanya Hassan Karim.
Terbaik Dr. Dzul dan Wong Chen yang enggan ulas kerana berpendapat ia soal dasar dan mereka tiada data. Biar Menteri Kewangan dan Ekonomi yang buat kenyataan. Baca di https://bit.ly/3Vxj4Wh.
Aku pernah tulis lama dahulu. GST adalah sistem percukaian yang paling efektif. Telah banyak negara di dunia ini yang melaksanakan GST.
Masalah ketika Najib perkenalkan GST dahulu ialah kadar yang ditetapkan terlalu tinggi iaitu sebanyak 6%. Bagi aku kalau 3% sudah berpatutan.
Satu lagi, selepas GST diperkenalkan, kerajaan perlu turunkan cukai pendapatan orang perseorangan, paling tidak pun bagi golongan pertengahan, seperti yang gajinya kurang RM500 ribu setahun.
Ketika GST diperkenalkan pertama kali, semua ini tidak diambil kira. Kesannya harga barangan naik mendadak dan rakyat terjejas dengan teruk.
GST ni macam parang juga. Kalau diberi kepada orang yang betul, ianya jadi berguna. Kalau diberi kepada orang yang salah, ia boleh jadi senjata yang boleh mengambil nyawa.
Aku yakin DS Anwar adalah orang yang paling tepat untuk kaji semula perlaksanaan GST, bersesuaian keadaan keadaan ekonomi rakyat waktu ini.
Hakikatnya negara telah terlalu sakit kesan ditadbir secara sembrono oleh Mahiaddin dahulu. Negara kini perlukan sumber pendapatan baharu.
Kalau kerajaan mampu elakkan GST, maka itulah yang paling baik. Tapi jika tiada cara lain, aku yakin DS Anwar dan pasukannya mampu fikirkan kaedah terbaik supaya rakyat tidak terjejas teruk. Guane boh?
Raja Gelap
.