Ini yang Berita Harian tulis. Tapi kalau tonton sidang media PM
tadi, DS Anwar kata beliau boleh bincang dengan BNM. Cuma keputusan akhir
terletak pada BNM sendiri. Itu ada dalam perlembagaan.
DS Anwar juga menyebut beliau akan menjemput Gabenor Bank Negara
bersama Menteri Ekonomi untuk berbincang berkaitan belanjawan 2023. Ini kerana
soal berkaitan kewangan saling berkaitan.
Memang kenaikan OPR adalah kuasa dan hak BNM tapi bila ada
inisiatif daripada PM untuk berbincang dengan Gabenor, itu sendiri adalah
sesuatu yang positif. Mungkin BNM boleh pertimbangkan. Guane boh?
.