Sampai bila politik persepsi begini akan berterusan agaknya?
Takkan sampai 2026? Sebab bila terjadi, ia menampakkan kebodohan ahli politik
Malaysia.
7-Eleven Malaysia Holdings (7E) adalah syarikat 100% milik
swasta. Apa kena mengena dengan tata kelola pula? Apa kaitan dengan Reformasi
pula?
Saham terbesar 7E dimiliki oleh Vincent Tan dan Sultan Johor
pemegang saham kedua terbesar. Terpulanglah kepada mereka nak lantik siapa.
Kalau tengok kenyataan 7E, Wafa mempunyai lebih 10 tahun
pengalaman dalam pengurusan. Resume dia melayakkan dia untuk jawatan tersebut.
Takkanlah disebabkan dia rapat dengan DS Anwar, maka tak boleh
cari makan langsung? Kenapalah bodoh sangat pembangkang sekarang ni?
Lainlah kalau Wafa tu dilantik jadi CEO GLC. Itu lain ceritanya.
Macam masa PAS dalam kerajaan dulu. Berapa banyak lantikan politik yang dibuat.
Tapi Wafa ni, kalau tengok biodatanya, memang dia layak pun
pegang GLC. Pengalamannya mantap. Tapi bukan itu yang berlaku sekarang ini.
Sekarang ini lantikan Wafa dalam syarikat swasta. Tak ada kena
mengena dengan kerajaan. Kenapa nak babitkan DS Anwar dalam hal ini?
Betul-betul dahaga isu. Sampai benda begini pun nak digunakan
untuk menghasut rakyat. Langsung tak profesional. Macam duduk dalam gua je.
Kalau PAS tak puas hati, boleh suruh Samsuri tanya sendiri
Vincent Tan. Kan MB Terengganu dengan Vincent Tan ada bersiar bersama dalam
bot.
Atau boleh tanya dengan Sultan Johor. Cakap dekat Sultan Johor
PAS tak puas hati Wafa jadi pengerusi 7E. Itupun kalau berani la. Guane boh?