NI LEBAI- NAK BAGI TAU 7- 11 TU BUKANKERAJAAN YANG PUNYATAU 100 PERSENDIRIAN. NAK KOMEN BIAR CERDIK- KOMEN KAT SULTAN JOHOR


 




Sampai bila politik persepsi begini akan berterusan agaknya? Takkan sampai 2026? Sebab bila terjadi, ia menampakkan kebodohan ahli politik Malaysia.

7-Eleven Malaysia Holdings (7E) adalah syarikat 100% milik swasta. Apa kena mengena dengan tata kelola pula? Apa kaitan dengan Reformasi pula?

Saham terbesar 7E dimiliki oleh Vincent Tan dan Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar. Terpulanglah kepada mereka nak lantik siapa.

Kalau tengok kenyataan 7E, Wafa mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam pengurusan. Resume dia melayakkan dia untuk jawatan tersebut.

Takkanlah disebabkan dia rapat dengan DS Anwar, maka tak boleh cari makan langsung? Kenapalah bodoh sangat pembangkang sekarang ni?

Lainlah kalau Wafa tu dilantik jadi CEO GLC. Itu lain ceritanya. Macam masa PAS dalam kerajaan dulu. Berapa banyak lantikan politik yang dibuat.

Tapi Wafa ni, kalau tengok biodatanya, memang dia layak pun pegang GLC. Pengalamannya mantap. Tapi bukan itu yang berlaku sekarang ini.

Sekarang ini lantikan Wafa dalam syarikat swasta. Tak ada kena mengena dengan kerajaan. Kenapa nak babitkan DS Anwar dalam hal ini?

Betul-betul dahaga isu. Sampai benda begini pun nak digunakan untuk menghasut rakyat. Langsung tak profesional. Macam duduk dalam gua je.

Kalau PAS tak puas hati, boleh suruh Samsuri tanya sendiri Vincent Tan. Kan MB Terengganu dengan Vincent Tan ada bersiar bersama dalam bot.

Atau boleh tanya dengan Sultan Johor. Cakap dekat Sultan Johor PAS tak puas hati Wafa jadi pengerusi 7E. Itupun kalau berani la. Guane boh?

Raja Gelap