Sebenarnya DS Anwar dah buat banyak perubahan untuk menangani
rasuah dalam bidang kuasanya. Sebagai contoh, DS Anwar telah jelas menyatakan
tidak akan ada lagi kurniaan kontrak secara runding terus seperti amalan
sebelum ini.
Beliau juga tangguhkan projek-projek mega yang menimbulkan
keraguan untuk penilaian semula. Begitu juga lantikan politik GLC yang sebelum
ini menjadi satu cara rasuah oleh pemimpin terdahulu bagi memancing sokongan,
juga telah dihentikan.
Apa yang penganalisis politik dari UM ini, Professor Madya Dr.
Awang Azman Awang Pawi mahukan adalah melihat kes-kes rasuah yang digemburkan
sebelum ini didakwa. Tapi maaflah, pendakwaan bukan kerja Perdana Menteri.
Penyiasatan dan pendakwaan akan dilakukan oleh agensi berkenaan.
Yang penting, DS Anwar berikan kerjasama dengan membenarkan siasatan dibuat.
Dan memang itu yang DS Anwar lakukan. Sebagai contoh isu dana RM600 bilion.
Sekarang di bawah penyiasatan SPRM.
Pada waktu ini pun, Menteri Undang-undang dalam usaha pisahkan
tugas Pendakwaraya dan Peguam Negara supaya pendakwaan dilakukan secara telus
dan adil, tanpa tekanan dari mana mana pihak. Dan itu memang janji DS Anwar.
Jadi pada pendapat aku, penganalisis ini tersalah faham. DS
Anwar takkan ambil alih tugas agensi tertentu. DS Anwar lebih berminat untuk
membuat reformasi dalam bentuk polisi. Bukannya sibuk nak dakwa orang itu dan
orang ini.
Tapi ia bukanlah bermaksud mereka yang berbuat kesalahan itu
akan terlepas. Mereka tetap akan didakwa sekiranya benar mereka ada melakukan
kesalahan. Tapi nasib mereka bakal ditentukan oleh agensi yang menyiasat. Bukan
DS Anwar.
Seperkara lagi, kalau tengok jawatan-jawatan yang utama seperti
Peguam Negara, Ketua Hakim, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan lain-lain, semuanya
masih lagi lantikan sebelum ini.
Tak nampak lagi DS Anwar guna apa yang disebut 'orang kita'.
Berbeza dengan PM-PM sebelum ini. Lagipun waktu ini DS Anwar lebih banyak
bercakap soal masalah rakyat. Beliau ingin selesaikan dahulu isu-isu yang
membelenggu rakyat.
Jadi rasanya kita tak dapat lihat aksi seperti lepas PRU14
tempohari. Dengan cara ini, tidak ada pihak yang boleh mengatakan ada
pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik. Guane boh?