JAMZURI ARDANI
Pengeluaran minyak masak berasaskan sawit negara adalah sebanyak
18 juta metrik tan setahun.
Penggunaan tempatan untuk minyak masak dari sawit hanya sekitar
1 juta metrik tan sahaja. Ini bermakna lebih 90% pengeluaran minyak sawit
negara adalah untuk pasaran eksport.
Dari 1 juta metrik tan tersebut, 700 ribu metrik tan adalah di
bawah subsidi kerajaan kerajaan melalui penjualan minyak peket 1 kg berharga
RM2.50. Bagi setiap bungkus minyak peket ini, jumlah subsidi keraja adalah
sekitar RM3 - RM4 bergantung kepada harga pasaran semasa.
Setiap bulan, syarikat -syarikat pembungkus minyak masak yang
dilesenkan mengeluarkan sekitar 50-60 juta peket minyak masak untuk populasi negara
seramai 32 juta orang.