ANGKA-ANGKA MINYAK MASAK SAWIT.

 

JAMZURI ARDANI


Pengeluaran minyak masak berasaskan sawit negara adalah sebanyak 18 juta metrik tan setahun.

Penggunaan tempatan untuk minyak masak dari sawit hanya sekitar 1 juta metrik tan sahaja. Ini bermakna lebih 90% pengeluaran minyak sawit negara adalah untuk pasaran eksport.

Dari 1 juta metrik tan tersebut, 700 ribu metrik tan adalah di bawah subsidi kerajaan kerajaan melalui penjualan minyak peket 1 kg berharga RM2.50. Bagi setiap bungkus minyak peket ini, jumlah subsidi keraja adalah sekitar RM3 - RM4 bergantung kepada harga pasaran semasa.

Setiap bulan, syarikat -syarikat pembungkus minyak masak yang dilesenkan mengeluarkan sekitar 50-60 juta peket minyak masak untuk populasi negara seramai 32 juta orang.