SAMAN JALAN TERBAIK UNTUK MENDIDIK





NORMAN RADZUAN


PN bernasib baik dpt lwn seperti PH

SAMAN JALAN TERBAIK UTK MENDIDIK

Saya tidak pasti adakah saya perlu melayan cybertrooper pembangkang. Kadang2 saya tak percaya dari pemimpin hingga penyokong mereka mempunyai level pemikiran sebegitu teruk sekali.

Sila lihat gambar bagaimana mereka troll… nak ketawa lebih dari nak marah. Nak bagi tahu Firdaus Sanusi Islam tak ajar memfitnah dan membodohkan org.

Saya mencari hujahan yg bijak dari pembangkang tapi sayang tidak jumpa yg benar boleh membantu pemulihan ekonomi negara. Lagak mereka tak ubah ‘labun’ kedai kopi.

Pembangkang dilihat hebat disebabkan cybertrooper mereka hanya menampilkan video2 berunsur fitnah. Andai mahu mengkritik biarlah disokong dengan fakta. Secara etikanya bukankah pengkritik harus bersikap jujur.

Jika tanya saya adakah saya bimbang atau marah jika Kerajaan PH terus dikritik? Jujurnya, saya tidak marah jika mereka ingin mengkritik sekeras mana sekalipun asalkan berfakta.

Tapi skg apa yg berlaku fitnah dahulu baru minta maaf. Sebab masyakat Melayu mudah percaya dgn fitnah tersebut dan mereka tidak peduli dgn pemohonan maaf tukang fitnah itu. So damage has been done…itu yg percaya di PP tak boleh azan.

Pemimpin2 parti agama itu sebenarnya tidak hebat. Tak percaya…tunggu bila parlimen bersidang. Samada di Dewan Rakyat ( Parlimen ) atau Dewan Undangan Negeri kdg2 saya berasa lucu cara mereka berhujah.

Bagi saya mereka bernasib baik mempunyai penyokong yg mempunyai level pemikiran sebegitu rupa. Yg terpukau dgn ayat2 agama. Pemimpinnya seronok menebar fitnah… tapi bila diminta berhujah atau berdebat tidak berani. Sebab mereka tahu.. kehebatan mereka itu hanya bijak memfitnah di depan ahli sahaja.

Saya sudah penat menjawab hujah. Pembangkang bernasib pemimpin PH dan ahlinya tidak seperti mereka. Mereka tak sanggup mengada adakan fitnah utk melahirkan persepsi buruk. Pemimpin dan ahli PH diajar berhujah dgn fakta dan secara intelektual.

Jika di rumah ibu bapa akn menghukum dgn merotan anak yg nakal, di Singapura ia menjadi negara hebat dan disiplin rakyatnya kerana mereka mendidik rakyatnya dgn saman dan hukuman…

Kita juga wajib menghukum pemfitnah dgn lunas undang2 yg sedia ada. Jika tidak dihentikan atau diambil tindakan, kita bimbang pemikiran anak2 muda akn teruk rosak dgn fitnah persepsi yg menggila ini. Bagi saya teruskan saman utk mendidik pemfitnah.

Tunggulah kami tidak diam.. kami sdg perkemaskan barisan.

 

No comments: