Humangai... Sampai tahap macam ni sekali?
Betul punya terdesak PAS/PN ni. Sampai hasut MP buat PRK.
Padahal dulu Hadi juga tak setuju kalau sengaja adakan PRK. Membazir katanya.
Tapi PRK bukan risiko terburuk. Jika berlaku, bukan setakat PRK,
sebaliknya keadaan politik kembali jadi terumbang-ambing. Tak stabil.
Diikuti dengan ekonomi kembali menjadi muram. Pelabur yang baru
mula nak yakin, akan lari semula dan rakyat terbanyak akan terima kesannya.
Singkat betul pemikiran orang ini. Entah kenapa dia boleh
terpilih jadi pemimpin partinya. Orang yang tak mampu fikirkan kebajikan rakyat
dan hanya pentingkan diri sendiri tak layak jadi pemimpin.
Cukup-cukuplah wahai manusia. Buang sifat tamak kuasa tu. Terima
kekalahan dan buatlah kerja yang mampu beri faedah kepada rakyat. Guane boh?