NAK SOH JADI PM PDF DAN TAKUT JUMPA WARTAWAN KAH


 

Puak sebelah sana tak sudah suruh DS Anwar untuk bersikap seperti PM. Dorang nak PM jadi macam mana sebenarnya? Jadi macam Mahiaddin, senyap, lari dari media dan keluarkan kenyataan pun dalam bentuk PDF sahaja?

PM bertanggungjawab terhadap perjalanan dana negara. Dana negara itu milik rakyat. PM ibarat CEO jika negara ini sebuah syarikat. Jadi apa salah kalau CEO brief pemilik/BOD tentang apa yang berlaku terhadap dana syarikat?

Dia sibuk suruh DS Anwar bersikap seperti PM. Tapi Mahiaddin tak bersikap seperti pembangkang tu apa hal? Sekarang ni dia tak ubah macam Pak Mat yang dok bersembang pasal politik di kedai kopi. Bukan itu tugas pembangkang.

Setakat hari ini, dah berapa banyak perkara yang DS Anwar buat. Termasuklah dapatkan dana RM10 juta dari Bernas untuk pesawah miskin. Tapi apa reaksi pembangkang? Idea lebih segar tak ada, kritikan membina pun tak beri.

Yang ada cuma fitnah dan putar belit cerita jadikan ia isu perkauman. Begitukah gaya pembangkang bekerja? Pemimpin pembangkang sekarang tak ada seorang pun yang berkredibiliti. Jauh beza dengan ketokohan yang ada dalam PH.

Semua yang sibuk-sibuk nasihat DS Anwar suruh bersikap macam PM, tolonglah nasihat Mahiaddin dan Hadi (juga Sanusi) supaya bersikap seperti pembangkang. Berhentilah bait perangai Pak Mat kedai kopi. Malu orang tengok pembangkang kita tak reti buat kerja.

Soal dana RM600 bilion tu, dari awal lagi DS Anwar kata 'ada sebahagiannya' yang tak ikut prosedur. Bukan semua. Dan DS Anwar kata perlu diteliti. Jadi dekat mana yang kenyataan DS Anwar berubahnya? Masalahnya, kalau RM1 bilion pun, jumlahnya tetap banyak. Dan kalau RM1 pun, perbuatannya tetap salah.

Mujurlah DS Anwar yang jadi PM. Kalau Mahiaddin, memang kerjanya sembang kedai kopi je la. Hal kesusahan rakyat, langsung dia tak peduli. Guane boh?

Raja Gelap

.