Puak sebelah sana tak sudah suruh DS Anwar untuk bersikap
seperti PM. Dorang nak PM jadi macam mana sebenarnya? Jadi macam Mahiaddin,
senyap, lari dari media dan keluarkan kenyataan pun dalam bentuk PDF sahaja?
PM bertanggungjawab terhadap perjalanan dana negara. Dana negara
itu milik rakyat. PM ibarat CEO jika negara ini sebuah syarikat. Jadi apa salah
kalau CEO brief pemilik/BOD tentang apa yang berlaku terhadap dana syarikat?
Dia sibuk suruh DS Anwar bersikap seperti PM. Tapi Mahiaddin tak
bersikap seperti pembangkang tu apa hal? Sekarang ni dia tak ubah macam Pak Mat
yang dok bersembang pasal politik di kedai kopi. Bukan itu tugas pembangkang.
Setakat hari ini, dah berapa banyak perkara yang DS Anwar buat.
Termasuklah dapatkan dana RM10 juta dari Bernas untuk pesawah miskin. Tapi apa
reaksi pembangkang? Idea lebih segar tak ada, kritikan membina pun tak beri.
Yang ada cuma fitnah dan putar belit cerita jadikan ia isu
perkauman. Begitukah gaya pembangkang bekerja? Pemimpin pembangkang sekarang
tak ada seorang pun yang berkredibiliti. Jauh beza dengan ketokohan yang ada
dalam PH.
Semua yang sibuk-sibuk nasihat DS Anwar suruh bersikap macam PM,
tolonglah nasihat Mahiaddin dan Hadi (juga Sanusi) supaya bersikap seperti
pembangkang. Berhentilah bait perangai Pak Mat kedai kopi. Malu orang tengok
pembangkang kita tak reti buat kerja.
Soal dana RM600 bilion tu, dari awal lagi DS Anwar kata 'ada
sebahagiannya' yang tak ikut prosedur. Bukan semua. Dan DS Anwar kata perlu
diteliti. Jadi dekat mana yang kenyataan DS Anwar berubahnya? Masalahnya, kalau
RM1 bilion pun, jumlahnya tetap banyak. Dan kalau RM1 pun, perbuatannya tetap
salah.
Mujurlah DS Anwar yang jadi PM. Kalau Mahiaddin, memang kerjanya
sembang kedai kopi je la. Hal kesusahan rakyat, langsung dia tak peduli. Guane
boh?
.