ANWAR HARUS DIBERI SEMANGAT DAN SOKONGAN
Sejurus
langkah Sheraton, Anwar dalam keadaan begitu sukar. Dia tetap harungi, tidak
peduli apa orang kata. Pasca PRU15, dia berjaya mendahului PN dengan meletakkan
PH berada di hadapan dengan 82 kerusi. Namun, tidak cukup untuk bentuk
kerajaan. Sekali lagi beliau berhadapan dengan kesukaran.
Beliau
berada dalam dilema. Rakyat mahu PH jadi kerajaan, buktinya PH adalah gabungan
paling tinggi dapat sokongan berbanding PN. Masalahnya, jumlah tidak mencukupi.
Bagaimana mahu jadi kerajaan jika jumah tidak cukup? Ertinya perlu ada kaedah
atau jalannya. Jika tiada jalan lagi, kita harus terima hakikat bahawa kita
belum 'bertemu jodoh'.
Di dalam
menghadapi saat sukar ini, tolonglah jangan biarkan dia bersendiran lagi. Parti
kita mempunyai ramai pendekar yang hebat2, tua dan muda. Jangan waktu ini kita
sembunyi dan keluar bila ada peluang. Kita patut sama2 bertangungjawab apa yang
sedang berlaku.
WFAUZDIN
NS