Kalau tengok di media sosial, yang dok hentam pentadbiran PM adalah geng UMNO juga. Habis ditekan dan dimaki kerana katanya boneka. Diaorg nak cepat diadakan pilihanraya.
Bersatu dan PAS yang duduk dalam Kerajaan jarang la tibai PM, sebab jawatan mereka bergantung pada dia.
Ada la hari tu PPBM nak tekan butang bagai dan nak seat TPM. Elok je PM handle. Bersatu tak dapat pun apa diaorg mahu.
Pada saya, PM IS bab ni, oklah handle dua2. Takde la boleh dikatakan boneka mana2 pihak.
Yelah from his angle, dia dah PM. Takkan nak jadi PM yang punya term paling singkat dalam sejarah.
Cuma cara Presiden UMNO ni, nampak sangat terdesak.
Dia kata PM tak dihormati, oleh parti lain. Tapi tengok antik dia sendiri kepada PM. Macam berlagak boss pun ada. Minta PM jumpa Agong kalau boleh semalam lagi. Berjemaah hentam PM dalam Perhimpunan Ahli UMNO.
Kalau PM ada boss lain pula diatasnya, iaitu Presiden Parti, mana datangnya stabiliti?
It’s an open secret, UMNO hanya akan menang kalau mereka berani cantas Zahid Hamidi.
Itu sebab ZH nak PRU buat masa banjir, pengundi luar susah nak mengundi. Ada chance UMNO menang dan dia naik jadi Perdana Menteri.
~LM~