HAMDAN TAHA
Presiden umno dan beberapa pimpinan juga penyokongnya menyebut
PH dan PN takut kalah dalam pru ke 15 itu sebab mereka menentang PRU di adakan
Saya pulak tak fikir mereka takut tapi mereka bijak untuk
mengajak rakyat melihat umno dan BN tidak tidak mementingkan rakyat dan masalah
rakyat dengan mengunakan sifat gopoh presiden umno mendesak di adakan PRU di
musim yang salah
Ketika sembang sembang dengan orang kampung dan orang bandar di
putra height ini mèmang jelas ada ramai yang kata ke saya bahawa presiden umno
keterlaluan dalam isu pru ke 15 termasuk umno secara keseluruhan di babitkan
sekali kenyataan ini termasuk oleh mereka yang ahli umno dan ada jawatan di
cawangan dan bahagian
Saya ni tinggal di kg bukit lanchong cara kehidupan adalah
sebiji cara kampung,surau saya berkhimat pula di Putra Height kawasan perumahan
yang agak ada nama maka cara kehidupan orang Lembah kelang,ke dua dua kelompok
ini rasa rimas dengan isu PRU ke 15,mereka tak faham politik tapi bagi mereka
kenapa lah desak sangat PRU ni sedangkan boleh buat tahun depan dan habis
penggal pun lama lagi,mereka pelik kenapa umno jadi libang libu mereka tak lah
nampak PH dan PN takut tapi mereka nampak Umno kelam kabut dan terdesak
sedangkan umno sedang berkuasa....
Di sini lah PH dan PN bijak ambil hati rakyat,jangan kata mereka
tak berjaya sebenarnya berjaya menarik golongan tidak faham politik dan orang
muda untuk turut sama menolak umno dalam pru ke 15 dalam isu kelam kabut
presiden umno dan pasukannya
Tambah pula kenyataan Presiden Umno yang selalu keluar terbabas
dari landasan yang sukar untuk jentera parti pertahankan
Bagi orang yang ikuti kes Presiden Umno pula atau musuh politik
beliau semuanya yakin dan percaya desakan pru segera ini bersifat kepentingan
presiden bukan parti,apa kepentingannya,untuk mengejar jika pru Bn menang besar
kes beliau belum di jatuhkan hukum bersalah masih boleh di selamatkan dengan
mengunakan kekuasaan yang ada seperti Tun Dr M selamatkan LGE
Tapi jika telah di jatuhkan hukum bersalah walaupun BN menang
ianya agak sukar untuk Presiden merencanakan kaedah kerana Hakim di makamah
rayuan dan persekutuan bukan mudah kerana ramai
Itu lah pandangan setengah orang yang tahu sedikit sebanyak
tentang kes kes mahkamah yang sedang berjalan
Kelemahan jentera presiden dan dato najib ialah mereka tidak
berselindung dan secara terbuka setiap hari menyebut bahawa BN perlu menang
kali ini untuk kita selamatkan Najib dan Zahid dan Rosmah,kita nak bebaskan
Najib dari Penjara antaranya Lokman Adam dan Ramai lagi penyokong mereka
menyebut begitu dalam live mereka setiap hari dan di buat berulang ulang setiap
hari kenyataan itu...akhirnya rakyat percaya bahawa umno nak berkuasa semula
bukan kerana rakyat dan negara tetapi kerana nak selamatkan Najib dan Zahid dan
Rosmah Mansur....kebetulan umno merasakan nama nama itu di sayangi mejoriti
rakyat dan boleh di jual,betul lah ada yang percaya tapi siapa mereka
itu....mereka itu 30 peratus ahli umno yang tak mampu berkata kata dan yang
ikut arus....mereka tidak keluar dari rumah umno untuk meninjau pandangan
luar..
Sebenarnya kes yang sama berlaku dalam kes Anwar Ibrahim semua
penyokong dan pimpinan PKR DAP dan Pas ketika itu secara terbuka juga menyebut
kita mahu bebaskan Anwar Ibrahim dari Penjara
Cuma kes antara Anwar dan Najib berbeza,Najib melibatkan wang
negara dan hutang negara sehingga hari ini kerajaan terpaksa tanggung dan kisah
zahid dan najib mengumpul kekayaan di lihat sangat melampau
Kes Anwar pulak kes peribadi dan di masa itu cara Tun Dr M
tangani Kes Anwar menyebabkan apa saja yang di katakan oleh Anwar dan
Penyokongnya boleh di yakinkan dan menyakinkan itu pun tidak berjaya merubah
pemikiran rakyat untuk berikan kemenangan pada pkr atau PR...2018 isunya bukan
lagi Anwar akan di bebaskan yang di jual untuk PH menang tapi penjarakan Najib
dan isu GST dan keluarga najib tumbangkan Bn dan calun Pm yg di jual ialah Tun
Dr M bukan Anwar....
Itu lah perbezaah jelas,contoh Anwar masuk penjara laungan nama
anwar hari hari dalam ceramah dan di sogo selama bertahun tahun termasuk media
asing
Najib masuk penjara sekarang hilang terus nama beliau di arus
perdana cuma umno berjaya buat sekali sahaja di dewan pwtc sekadar itu saja
sekarang pun dah semangkin orang lupa najib razak dan orang sudah tidak
peduli...
Itu sebab nak bubar dewan rakyat kali ni bukan juga mudah
seperti 14 pru yang lepas kerana keadaan semasa sudah berubah....