TOLAK PARTI RASUAH DAN TAK TAHU JAGA EKONOMI NEGARA




Sekiranya rakyat memberi mandat dan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH), ini membuktikan bahawa mereka menolak secara total pemimpin-pemimpin BN-PN yang terpalit dengan skandal rasuah dan penyelewengan.

Rakyat perlu lebih berani membuat perubahan dengan memilih pemimpin dan parti yang bersih dan tidak rasuah. Rakyat mempunyai hak untuk menukar parti lebih-lebih lagi jika mereka selama ini memerintah tidak menjalankan tugasnya dengan baik, tidak beramanah, rasuah dan salah laku.

Untuk membersihkan Malaysia, kita mesti elak daripada mengulangi kesilapan-kesilapan dengan memilih BN dan PN yang dilihat gagal dan sekiranya rakyat masih memilih BN-PN untuk berkuasa maka penyalahgunaan kuasa, salah laku dan rasuah akan terus berlaku.

Dengan kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat. Apatah lagi skandal demi skandal melibatkan berbilion wang rakyat hilang begitu sahaja.

Justeru itu, Pada PRU-15 penting bagi rakyat untuk tidak membuat kesilapan dalam memilih pemimpin dan parti yang tiada prinsip.

|Admin|