Resolusi Angkatan Muda Harapan Terengganu:
9 Oktober 2022
Mesyuarat Jawatankuasa kepimpinan Angkatan Muda Harapan Negeri Terengganu
telah bersetuju bahawa
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah sebuah
parti politik yang seharusnya dihumban oleh anak muda pada PRU15 akan datang.
BERSATU adalah sebuah parti yang tidak seharusnya diberi nyawa
lebih panjang kerana ia sebuah parti yang mengajar anak muda untuk berkhianat
dalam politik dan menjadi simbol pemikiran rasuah jawatan atau scheme of thing.
Budaya khianat, yang diamalkan BERSATU ternyata dapat kita lihat
telah memberi kemudaratan kepada negara dan rakyat Malaysia.
Krisis politik dalam negara berterusan sehingga ke hari ini,
bermula dari hari pengkhianatan parti BERSATU dalam Langkah Sheraton.
Parti BERSATU juga tidak ada kompetensi untuk memerintah negara
kerana diwakili pemimpin yang hanya berebut jawatan, tiada idea dan tiada
kejayaan dalam setiap kementerian yang diterajui menteri dari parti ini.
Angkatan Muda Harapan Terengganu menyeru anak muda seluruh
negara untuk menolak sepenuhnya parti BERSATU dalam pilihanraya kerana setiap
undi kepada Perikatan Nasional adalah satu pembaziran dan akan memanjangkan
lagi krisis keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi jika parti pencetus
khianat mandat rakyat dibiarkan terus berada dalam politik tanah air.
Zamir Ghazali
Ketua
Angkatan Muda Harapan
Negeri Terengganu