RAKYAT JUGA KENA UNDI ORANG YANG BUAT KERJA- KALAU MENGUNDI ORANG YANG MAKAN GAJI BUTA- DUA KALI BERDOSA...UNDI JANGAN TAK UNDI-TAPI UNDI ORANG YANG BUAT KERJA BUKAN MAKAN GAJI BUTA

 

Rakyat perlu mengundi, tidak mengundi boleh menjadi dosa - Abdul Hadi





Abdul Hadi berkata, rakyat perlu melantik pemimpin untuk mewakili mereka seterusnya membentuk kerajaan yang baik untuk mentadbir negara. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menasihatkan semua rakyat Malaysia keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana ia adalah kewajipan, malah hukumnya boleh menjadi berdosa.

Jelasnya, kengganan mengundi boleh menjadi dosa dalam konteks berdiam diri dalam perkara yang benar atau perkara yang salah.

Ujarnya, rakyat perlu melantik pemimpin untuk mewakili mereka seterusnya membentuk kerajaan yang baik untuk mentadbir Negara.