Zahid minta nak jumpa saya tapi dekat media kata saya nak jumpa dia: Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul
Hadi Awang mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutarbelit fakta berhubung
pertemuan sebelum ini dengan mengatakan kononnya beliau yang meminta untuk
berjumpa.
Hadi
mendedahkan Presiden UMNO itu yang sebenarnya meminta untuk berjumpa dengan
beliau bagi membincangkan berhubung bentuk kerjasama untuk menghadapi Pilihan
Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bagaimanapun sebaliknya memberitahu media perkara
yang tidak benar.
“Yang
mutakhir dia jemput saya jumpa. Bukan saya jemput dia. Dia jemput saya jumpa.
“Dia
sebut dalam media, saya minta nak jumpa dia… Terbalik, tapi tak apalah kita
pergi,” katanya semasa Himpunan Penyatuan Ummah yang diadakan di Kelantan malam
tadi.
Untuk rekod, ia bukan kali
pertama Zahid memutarbelitkan cerita, malah sebelum ini pernah kantoi dalam
satu klip audio rakaman perbualan dengan cikgunya yang juga Presiden PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Zahid
pada awalnya menafikan rakaman tersebut palsu tetapi Anwar sebaliknya mengakui
berhubung perbualan dalam klip audio tersebut yang merancang untuk menjatuhkan
kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semasa
pertemuan dengan Zahid tersebut, Hadi berkata Zahid memberinya kata dua sama ada
memilih kerjasama dengan UMNO atau Bersatu, malah memberi tempoh beberapa hari
kepada parti Islam itu untuk membuat keputusan.
“Bila
pergi jumpa, dia beri syarat. Kalau nak masuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),
mesti putus dengan Bersatu. Dia (Zahid) panggil hari Rabu, dia beri tempoh
sehingga hari Jumaat pukul 12 malam. Ooh sedap, dia nak ajar kita PAS.
“kita
bincang-bincang takkan kita nak berpisah dengan Bersatu rakan kita yang pertama
kita ajak. Sebab itu kita ajak, kita sama-sama perpaduan ummah mesti melibatkan
semua bukan PAS dengan UMNO saja,” katanya lagi.
Selepas
membuat pertimbangan susulan syarat diletak UMNO, Hadi berkata PAS memilih
untuk meneruskan kerjasama dengan Bersatu bersama-sama dalam gabungan Perikatan
Nasional (PN) dan menolak Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).
“Kalau
PAS dengan UMNO sahaja bukan perpaduan ummah kerana ia mesti melibatkan semua.
“Akhirnya
kita ambil keputusan, ringkas ceritanya kita tolak PH kita tolak BN kita
bersama dengan Bersatu dengan rakan-rakan parti lain,” katanya lagi.
Hadi
menjelaskan langkah menolak PH disebabkan terdapat parti dalam gabungan itu
yang menolak Islam secara terang-terangan dan mahu Malaysia menjadi sebuah
negara sekular dan liberal.
Sementara
BN pula, Hadi menyifatkan UMNO masih terdapat pemimpinnya yang terpalit dengan
kes rasuah dan masih tidak insaf.