SHAMSUDIN NAWAWI
Dari pengalaman dan sejarah, siapa juga yang bersama dengan Pas
akan menerima nasib malang.
Pas pernah bersama Semangat 46, akhirnya berkubur.
Pas pernah bersama DAP dan PKR, akhirnya pecah belah.
Pas pernah try dgn Umno buat Muafakat Nasional. Seronok lah
sekejap. Lepas itu punah ranah.
Ini Pas nak dengan Perikatan Nasional. Dalam itu ada Bersatu,
Gerakan. Jangan pulak Bersatu terkorban mayat pun tak jumpa. Gerakan itu tak
perlu cakap lah. Memang dah tak boleh bergerak dah. Macam kereta jack empat²
tayar sendal dengan bata, letak bawah pokok, tarik handbrake.
Pas ni sempatlah campur jadi kerajaan 17 bulan dgn Muhyiddin dan
14 bulan dgn Mail.
Dua² kerajaan Perikatan Nasional dan Keluarga Malaysia tak
habis² huru hara.
Pas ini elok duduk sorang² saja. Banyakkan berkhalwat dan
bermunajat.