2/3 MAJORITI
1. Hari ni kita nak cakap pasal data dan statistik. Kalau orang
tanya apa itu Pilihanraya? Ia “Game of Numbers” bilang orang politik.
2. Kita bercakap tentang PRN baru2 ni. Di PRN Melaka peratus
keluar mengundi ialah di bawah 65% and di PRN Johor lagi teruk pula, hanya 55%.
Ini antara terendah dalam sejarah.
3. 2 punca utama ialah, ketika itu masih pandemik, orang takut
jangkitan Covid. Kedua, ramai pengundi kena political fatigue. Pengundi luar
tak turun ke Melaka dan Johor untuk mengundi.
4. Kita juga perlu tahu dinamik pengundi parti. BN teras
pengundi nya masyarakat setempat, penduduk separa bandar dan kampung2.
Berkongsi dengan PN juga kelompok yang sama.
5. PH pula kebanyakan penyokong luar yang duduk di bandar2.
Pulang ke kampung untuk mengundi. Golongan atas pagar pula ikut suka mereka.
Mereka pilih the lesser evil pada negara. Boleh tukar bila2 masa.
6. Makanya tak hairan, BN menang besar di Johor dan Melaka.
Sampai dapat 2/3 majoriti. Walaupun hanya dengan sokongan 20% peratus lebih
saja total pengundi.
7. Mereka hanya bergantung kepada penduduk setempat, pengundi
tegar mereka. Namun, peratus sokongan mereka hanya sama. Takde peningkatan dari
PRU14. Itu analisa pakar.
8: Pakar juga katakan, kalau PN dan PH bergabung ketika PRN,
mereka boleh menang lebih besar. Seperti PRU14. Ini menunjukkan sentimen
pengundi masih sama. Taklah menunjukkan rakyat sokong BN semula.
9. Sekarang game yang sama nak dibuat ketika PRU15 nanti. UMNO
aim nak dapat 2/3 majoriti. Dan mengharapkan ramai tak keluar mengundi. Tu
sebab nak buat PRU ketika musim banjir. Banjir2 pun mereka sanggup redah.
10. Kenapa 2/3 majoriti sangat penting kepada parti? Kerana
mana2 parti yang dapat 2/3 majoriti boleh buat banyak benda. Dunia ini ana yang
punya. Contoh, pinda Perlembagaan dan tukar peraturan Dewan Rakyat dan Negara.
11. Nak buat semula Akta Berita Palsu dan sewaktu dengannya,
atau kenakan apa2 bentuk cukai nanti? Kacang je kalau dengan 2/3 majoriti.
Takyah mengharapkan geng lawan punya undi. Boleh buat sesama sendiri.
12. Peraturan Parlimen pun mereka boleh bulldoze saja nanti.
Suka hati.
13. Kita dengar 2 hari lepas, Presiden UMNO berucap dalam
Persidangan MIC. Dia kata BN perlu menang besar ini kali. Agar pemimpin mereka
tak kena tindakan kes nanti. Habis Tok Mat dan Presiden MIC diheret sekali.
14. Ada orang cakap mereka nak boikot piliharaya. Menyampah
dengan politik kita. Saya kata jangan, pilih the lesser evil. Kita undi untuk
negara, bukan untuk nak naikkan mereka saja2.
15. Satu benda kita kena tahu, kalau ramai boikot pilihanraya,
ada kemungkinan satu parti akan dapat 2/3. Mereka boleh buat negara kita apa
saja mereka suka.
16. Makanya keluarlah mengundi. The very least undi kita itu,
will deny them the 2/3 majority.
Salam hormat,
Liyana Marzuki