Kenapa kena ada traffic lights walhal tiada siapa dapat ramalkan
adakah kemalangan akan berlaku atau tidak.
Dia punya belit memang superb la. Orang bodoh gerenti akan
percaya. Kalau nak cerita boleh ramal ke tak boleh, tak payahlah buat
persediaan hadapi banjir.
Hakikatnya bila kita menguruskan sesuatu, tak kira lah syarikat
ke, negara kita, kita kena ambil kita soal risiko. Kalau risiko besar, kita
elak. Melainkan kalau nak melingkip sangat.
Setiap tahun kita tahu November sampai Februari akan berlaku
banjir. Nak ramal apa lagi? Banjir betul ke tidak, yang penting kita buat
persediaan. Itu baru pemimpin yang baik.
Tapi cara Zahid ni memang nampak sangat gilanya. Apa bezanya PRU
sekarang dengan tahun depan? Sama je. Bezanya, kalau UMNO tak dapat kuasa penuh
tahun, Zahid ke penjara. Semata-mata sebab nak lepaskan diri sanggup gadai
nyawa rakyat. Ini yang rakyat sokong? Guane boh?
.