Bekas Ketua Setiausaha
Sulit Perdana Menteri Ke-8, Datuk Dr Marzuki Mohamad.
Pengerusi Barisan Nasional,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berjanji jika BN menang PRU-15, dua orang
Timbalan Perdana Menteri akan dilantik masing-masing bagi mewakili Sabah dan
Sarawak.
Ini
satu tawaran yang menarik.
Dalam
sistem politik negara kita, Timbalan Perdana Menteri dilantik oleh Perdana
Menteri. Pengerusi mana-mana parti politik tidak ada kuasa untuk melantik
Timbalan Perdana Menteri.
Yang
kita diberitahu, calon Perdana Menteri daripada BN ialah Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob. Tetapi yang membuat janji ini ialah Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi, Pengerusi BN.
Apakah ada maksud tersirat di
sebalik janji ini?
Adakah
ini bermaksud Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah calon PM sebenar daripada
parti BN?
Adakah
ini bermaksud, sebagai Pengerusi BN yang satu-satunya ada kuasa untuk memberi
watikah kepada calon-calon BN, beliau hanya akan memberi watikah kepada
penyokong-penyokong setianya sahaja?
Adakah
ini bermaksud, apabila calon-calon ini menang dalam pilihanraya, mereka akan
memberi sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai PM, bukan Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob?
Adakah
ini bermaksud, jika BN menang dalam PRU-15, buat pertama kali dalam sejarah,
Malaysia akan mempunyai seorang PM yang sedang berhadapan dengan pendakwaan
jenayah rasuah di mahkamah?
Adakah
ini juga bermaksud, agenda pertama Perdana Menteri selepas mengangkat sumpah
jawatan pada 20 November 2022 bukan untuk membela nasib rakyat, tetapi untuk
melepaskan dirinya daripada pendakwaan di mahkamah?
Yer
lah…antara tugas rasmi PM yang baru dilantik ialah untuk melakukan kunjung
hormat ke atas rakan sejawat di luar negara.
Tak
syoklah kalau tiba-tiba PM kena bergegas balik untuk hadir perbicaraan di
mahkamah.
Saya
tanya jer…
Datuk Dr Marzuki Mohamad
Penulis adalah Bekas Ketua
Setiausaha Sulit Perdana Menteri Ke-8