Sila hormati Agama orang lain. Kita hidup dalam keadaan harmoni,kenapa perlu dihidupkan api perkauman?



 

Firdaus Wong Wai Hung - Official

Dalam dua minggu ini, portal berita berbahasa Cina, China Press telah melaporkan dua berita tentang soaljawab dari Ustaz Azhar Idrus. Tiba-tiba mereka berminat pula dengan sesi soaljawab Islam. Ada udang di sebalik mi?

Pada 10 August 2022, tajuknya;

“Pendakwah Islam: Minum susu isteri tidak haram”

16 August 2022 pula, tajuknya;

“Zakar pendek, halal dipanjangkan! Daie Islam: Haram kalau nak kekal lama”

UAI menjawab soalan yang dikemukakan dari segi hukum Islam. Namun di ruangan komen, terdapat ramai golongan Belum Muslim yang mempertikaikan hukum Islam.

Golongan Belum Muslim selalu sebut jangan hina agama orang dan jangan masuk campur hal agama orang. Namun di dalam hal Islam pula mereka masuk campur. Jikalau ini bukan hipokrasi, perkataan apa lagi yang sesuai?

Kami sedang memantau ruangan komen dan "screenshot" komen yang menghina/mempertikaikan hukum agama Islam. In Sha Allah akan didedahkan komen mereka nanti.