Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk membuat rayuan bagi mendapatkan pengampunan diraja.
Bagaimanapun, pihak yang terus mendesak agar Najib diberikan pengampunan itu perlu memahami dan membaca penghakiman yang telah dibuat oleh keseluruhan mahkamah terhadapnya.