HAMDAN TAHA
Negara kita antara negara yang mempunyai pesakit kencing manis
paling tinggi di dunia ikut purata penduduk
Begitu juga masalah jantung dan darah tinggi,jantung adalah
punca kematian utama bersama kencing manis dalam negara kita
Kerana itu maka berlambak lambak lah dalam pasaran mengeluarkan
produk yang boleh menghapuskan terus penyakit kencing manis,jantung dan darah
tinggi
Ramai lah penjual penjualnya termasuk lah ramai ustaz ustaz,artis
artis jadi juru cakap produk yang mereka pun tak tahu betul ke tidak boleh
menyebabkan kencing manis boleh hilang dan pesakit jantung boleh baik,tapi
kempen mereka beribu ribu orang telah berjaya di selamatkan kerana produk
ini,itu lah ayat mereka
Bayangkan lah minyak zaiton,hasbatulsauda,sacha inci di katakan
boleh menyebabkan kencing manis boleh baik dan menurunkan kadar gula di bawah 6
dan 5
Semua ini satu pembohongan sahaja tak ada satu produk pun boleh
menyebabkan kencing manis boleh pulih dan hilang jika produk mereka itu boleh
menyebabkan penyakit kencing manis dan jantung boleh hilang hospital hospital
lah tempat ubat itu bukan di FB FB
Ada beberapa produk saya tak nafikan boleh turunkan kadar gula
dalam darah termasuk daun ketum pun boleh turunkan kadar gula atau bunga
bakawali yang pahit itu tapi tidak boleh menyebabkan penyakit kencing manis dah
tak ada
Beberapa orang sahabat saya percaya sakan dengan ubat ubatan
yang di jual di fb fb konon boleh hilangkan kencing manis,dan dia suka membeli
dan mencuba berbagai ubat entah ubat apa,kononnya herba dan baru baru ini tiba
tiba dr maklumkan buah pingang dia telah rosak tahap 2 kerana terlalu banyak
makan ubat entah dari mana asal usul ini
Artis dan ustaz ustaz yang jadi penjual hati hati lah jangan
kira dapat duit je terus jadi duta dan keluarkan ayat ayat surga sedangkan itu
semua tidak benar
Negara kita juga antara negara tertinggi pesakit buah pingang di
sebabkan kencing manis dan ubat ubatan juga ubat ubat yang tak tahu asal usul
Juga ramai yang kena buah pingang di sebabkan makan ubat kuat
sex bagi lelaki selagi ada ubat dia dengar boleh naikkan si anu pasti dia beli
dan cuba akhirnya buah pingang rosak kerana kandungan ubat kuat itu ada yang
menyebabkan buah pingang rosak
Negara kita juga ramai orang sakit gaut dan bila ada gaut maka
ubat tahan sakit di makan macam gula gula dan satu keperluan akhirnya buah
pingang juga jahanam cepat
Jadi sahabat sahabat jangan percaya kepada ubat ubatan kononnya
boleh menyebabkan kencing manis boleh hilang atau menurukan kadar gula dalam
darah ke tahap yang melampau iaitu dari 20 le 5 dari 24 ke 4.8 ini semua
pembohongan,tidak akan berlaku perkara begitu dalam perubatan kencing manis
Konon makan ubat mereka makan lah apa pun tak apa tak perlu lagi
diet dan kawal makan,makan lah apa pun kerana makan produk dia gerenti gula
turun,bohong tahap melampau
Minyak zaitun minyak sacha inci minyak hasbatul sauda tidak
boleh menurunkan mendadak gula dalam darah ini semua bagi saya tidak benar
Tapi minyak minyak itu boleh membantu memperbaiki
saraf,kesihatan jantung itu yer boleh di terima tetapi berkaitan kencing manis
tidak boleh di terima
Penjual produk tak payah lah guna nama ustaz...saya ada ustaz
saya adalah pakar semua ni akhirnya penjual barang jer