MONO RACE
1. PRU nak dekat. Maka seperti biasa, dalam masa 2-3 bulan ini,
kita akan dihidangkan dengan lebih banyak isu kaum dan agama. Bagi parti
berorientasikan agama, paluan dalil akan makin kuat, seolah tafsiran agama
mereka yang paling sempurna. Orang lain jahil belaka.
2. Kalau dulu, orang yang berlainan pandangan, dilabel automatik
sebagai “syiah” dan “sekular”. Sekarang dah lain, kalau tak sedap pada telinga
mereka, “wahabi” dan “liberal” dicopnya kita. Ini perangai "hollier than
thou" yang kita kena tentang.
3. Bagi parti berorientasikan kaum pula makin hebat. Dari puak
kanan, seperti biasa isu ketuanan bangsa akan dipalu habis mungkin. Sekarang
ditambah satu lagi. Isu kedaulatan negara pula dispin2. Sampai orang baca pun
naik pening.
4. Puak belah kiri pula masih lagi bagi janji petik bintang.
Menjanjikan negara sekular dan pentadbiran ala republik Singapura. Kesamarataan
mutlak dan ikut merit sepenuhnya. Itu juga retorik basi untuk pengundi tegar
mereka.
5. Kadang saya berpikir, bumi mana yang mereka pijak? Adakah
mereka sedar Malaysia ini bukan negara MONO RACE. Komposisi rakyat kita cukup
majmuk dan pelbagai.
6. Negara mono race secara definisinya ialah negara yang punyai
rakyat daripada kaum/ bangsa yang sama, melebihi 85% jumlah penduduk
keseluruhan. Negara mono race adalah seperti China, Japan, Korea dan kebanyakan
negara Eropah.
7. Di Asia Tenggara, kebanyakan negara juga punyai populasi yang
sebegitu: Thailand, Filipina, Indonesia, Brunei. Negara2 ini populasi penduduk
majoritinya dari bangsa yang sama lebih 85%.
8. Namun Malaysia dan Singapura tidak layak dikategorikan
sebagai negara MONO RACE. Seperti yang saya pernah post dulu. Malaysia dan
Singapura dijajah sekian lama.
9. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, kita gadai selamanya.
Makanya, orang lain pun take over. Singapura selepas digadaikan selamanya
kepada British, pendatang Cina menguasai populasinya sejak kurun ke-19 lagi.
10. Mengikut cencus (bancian) pada hujung tahun 1890-an lagi,
75% penduduk di Singapura terdiri daripada bangsa Cina. Kaum Melayu jadi kaum
minoriti pula. Sehingga tahun 2021, komposisi penduduk Singapura adalah 76%
Cina, 15% Melayu dan 7.5% India.
11. Bagaimana pula dengan Malaysia? Kita disajikan dari awal
“orang kita” penduduk majoriti seolah-olah Malaysia ini hanya punya satu
bangsa. Hakikatnya ini komposisi rakyat terkini:
Melayu Islam: 52%
Bumiputera Sabah & Sawarak: 18%
Cina : 22%
India: 6%
12. Orang politik selalu katakan pada kita, Melayu Islam
penduduk majoriti tertinggi sehingga 70% populasi. Walhal, peratus ini merangkumi
kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak. Hakikatnya, ramai rakan2 kaum Iban dan
Kadazan yang beragama Kristian. Mereka ini bukan Melayu dan bukan Islam, bukan?
13. Melayu Islam hanya 52% jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.
Ianya lagi kecil daripada jumlah penduduk Cina di Singapura iaitu sehingga 76%.
14. Ini statistik yang semua pemimpin kena faham dan hadam.
Negara kita negara pelbagai bangsa. Maka politik pun kena berorientasikan sama.
15. The FAR LEFT, kena faham yang kondisi Malaysia tak sama dengan
Singapura. Penduduk majoriti di sini masih lagi ada isu2 sensitif yang tidak
boleh disentuh. Isu raja, agama Islam, Bahasa Melayu dan semua hak yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, jangan lah jadi modal politik
korang. Jangan lagi menipu pengundi bukan Islam. Nak tukar pun mustahil, semua
itu kena perkenan Majlis Raja2 Melayu.
16. Lagi satu, kena faham. Konsep minoriti memerintah majoriti
ini ramai rakyat tak boleh terima. Amerika pun beratus tahun baru boleh terima
Presiden Kulit Hitam pertama. Makanya kalau berpeluang naik kembali, jangan la
lebih sudu dari kuah. Walaupun anda kompeten, perlu buang sikap chauvinist dan
kiasu tu. Itu pantang besar rakyat yang majoritinya Melayu.
17. The FAR RIGHT pula, sudah2 la tu dimomokkan pengundi dengan
isu kaum dan agama. Kami dah nampak itu semua modal korang nak berkuasa. Bila
naik memerintah apah pun tak guna. Cabutan judi makin meningkat, pemandu mabuk
masih bersepah. Hakikatnya set2 ni naik pun, Islam “masih lagi terancam” kalau
ikut definisi mereka2 ni. Jadi apa gunanya, korang tebuk atap dan jadi
Kerajaan? Tak seperti yang kami harapkan.
18. Jangan sekali kita jadi seperti Sri Lanka. Isu politik yang
dijual berabad lama ialah isu perkauman. Sinhalis vs Tamil. Mereka brainwash
rakyat mereka, perlu lantik pemimpin sebangsa. Kalau korup pun tak mengapa.
19. Makanya, apa jadi? Klan Rajapaksa memerintah negera berulang
kali. Rasuah dan ketirisan melampau mereka pelopori. Sebab pemimpin sebangsa,
rakyat pejam mata. Negara sampai bankrap dan hura hara, baru rakyat Sri Lanka
sedar. Diserang Kerajaan dan Perdana Menteri. Si PM dah kaya raya dan cabut
lari. Tinggal lah rakyat membetulkan negara sendiri.
20. Sudah ada contoh yang kita perlu belajar. Politik kaum ini
akan memecah belahkan kita. Jadi apa peranan rakyat untuk melindungi negara?
Saya cadangkan berikut:
(i) Tolak dan cemuh semua pemimpin RACIST, tak kira mana parti.
Jangan diangkat lagi mereka menjadi pemimpin masa PRU15 nanti.
(ii) Angkat dan embrace politik kualiti, politik dasar dan
politik khidmat dalam memilih pemimpin. Tolak jauh2 politik partisan. Totok
parti dan pemimpin itu sebenarnya elemen toksik dalam membentuk Kerajaan. Ingat
amanat kita sebagai pengadil bukan penyokong taksub.
(iii) Lihat rakan senegara, tidak jauh beza dengan kita. Sama2
cari makan untuk keluarga, sama2 sayangkan negara. Rambut sama hitam, darah
merah mengalir seluruh badan. Sama saja kita semua. Biar politikus yang pecah
belahkan kita. But we will stand with each other.
(iv) Kembalikan konsep MUHIBAH dalam kehidupan kita. Ajar anak
kita konsep perpaduan dan bersatu padu, tak kira bangsa dan agama. Hayati
semangat Rukun Negara dan sebar luaskan semangatnya.
21. Malaysia bukan negara MONO RACE. Ia negara MULTI RACIAL/
pelbagai kaum yang satu ketika dulu digelar Tiger of Asia. Jadi rujukan orang
di dunia. Truth is, we can unite in diversity. Itu sebenarnya kekuatan kita.
22. Jangan benarkan orang politik memecah belahkan kita.
Malaysia ini kita yang punya. Bukan hanya mereka2!
Salam hormat,
Liyana Marzuki