Aug 25, 2022 Rata-rata anggota Biro Politik UMNO mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada mendedahkan sebarang keputusan atau isi kandungan mesyuarat pada Rabu.
Petugas media yang menunggu lebih tiga jam di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn hampa apabila kebanyakan anggota biro itu yang ditemui sebaik tamat mesyuarat, enggan memberikan sebarang komen.