ADA YANG JADI PEMIMPIN KEMUDIAN DIA SENYAP BILA TERKAITKAN DIA...PANDAI DIA DUDUK DALAM GUA LAGI MASA INI.

 

Jangan ingat anda bersih seperti tiada apa berlaku, Anwar bidas pemimpin rasuah rai ‘nasib’ Najib



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengkritik individu yang dikatakan perasuah besar tidak berlagak seperti tiada apa berlaku.

PETALING JAYA: Ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata beliau merasa “aneh” apabila mendapati terdapat segelintir pemimpin terpalit skandal rasuah turut “bersorak” dengan nasib Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu tidak merujuk kepada mana-mana individu.

“Kalau kita lihat reaksi kepada hukuman terhadap Najib saya tengok ada pemimpin (yang) perasuah besar pun dia kata bagus tindakan itu.

“Saya tengok itu pun aneh juga sebab rasuah ini tidak boleh khusus pada seseorang,” katanya kepada media selepas menghadiri seminar, di sini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata, telah menjadi “bukti jelas” bahawa pemimpin dan bekas pemimpin meraih kekayaan berbilion ringgit yang didedahkan oleh Kertas Pandora dan Panama.

“Jangan ambil peluang seolah-olah mendabik dada .. sebab yang bercakap menyerang Najib ramai yang terpalit (dan) perasuah besar,” katanya yang mengingatkan individu berkenaan tidak berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

“Bukti dah ada (di dalam) Pandora paper Panama papers, orang yang memang perasuah besar jangan ingat dia selamat. Dia berkata seolah-olah tiada apa berlaku”.