DOA DATO ZAHRAIN AGAR NAJIB BERTENANG DI SUNGAI BULOH

 

ZAHARIN MAT YASSIN






Siapa yang sebenarnya Pengkhianat.

Najib Razak atau mudah di sapa Mat Sakau atau saya memanggil dia Mat Pekan sudah banyak perkara dia terlupa.

2. Dia ada menyebut perkataan ‘pengkhianat’ dalam tulisan di bawah ini kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

3. Saya antara saksi mata yang masih hidupdalam pemilihan Dr Mahathir Mohamad vs Tengku Razaleigh Hamzah jawatan Presiden UMNO di tahun 1987.

4. Tahukah anda yang tidak terlibat dan berada dalam pemilihan Tahun1987 atau di kenali dengan sebutan Team A lawan Team B.

5. Team B ialah pasukan Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam. Kenapa Team B kalah?.

6. Kerana pengkhianatan Mat Sakau yang masa itu sudah istiharkan Ketua Pemuda mengantikan Anwar Ibrahim.

7. Malam ini, mengistiharkan menyokong Tengku Razaleigh. Malam esuk mengistiharkan sokong Dr Mahathir Mohamad.

8. Jika orang saperti Tengku Razaleigh Hamzah yang cadangkan nama dia bertanding menggantikan bapanya di Pekan.

9. Untuk sementara waktu di bawa oleh Tengku Razaleigh Hamzah berkerja di Petronas. Jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ternakkan Negara atau Majuternak pendapatan tidak seberapa.

10. Tengku Razaleigh Hamzah juga mencadangkan kepada PM Hussein Onn supaya dilantik ke jawatan Timbalan Menteri, untuk seketika ke Jawatan Tim Menteri Kewangan. Dia boleh khianat..

11. Khianat dia kepada orang yang berbudi kepadanya. Mat Sakau tak bagi tahu, belum lagi khianat amanah yang di berikan termasuk isu IMDB.

12. Hari ini. Dia kata pula bekas orang yang dia sokong di tahun 1987 sebagai pengkhianat. Jika tidak menjadi pengkhianat oleh Mat Sakau. Politik Dr Mahathir Mohamad mungkin berakhir di tahun 1987.

Fikiran Mat Sakau, akhir2 ini sudah bertambah rosak. Pergilah bertenang laki bini di Sungai Buluh. Muhasabah diri. -zmy