Tahun lepas Atirah dapat laptop yang disumbang oleh Dato' Lee Chong Wei 李宗伟 melalui pejabat saya.
Masa tu dia belajar matrikulasi, dapat laptop tu dia jaga macam nyawa sendiri. Berkat usaha sendiri dan bantuan Chong Wei, Atirah berjaya dapat tempat di universiti.
Tapi dia kena pi interview dulu hari Isnin depan. Ibunya cuba minta bantuan daripada seorang kawan untuk bantu kos perjalanan nak pi interview.
Ada orang mungkin akan kata ini perkara kecik, nak pi Perak dari BM pun susah keh? Hidup ada naik turun, bagi saya setiap keluarga ada dugaan masing-masing. Saya cuba bantu sedaya upaya saya.
Keluarga mereka memang susah, ayah kena strok dan perlu buat dialisis 3 kali seminggu. Anak 6 orang, ada seorang anak autisme dan seorang lagi penyakit asma.
Kawan yang dia minta tu kebetulan kenai saya. Maka sepulang saya dari Parlimen, saya telah melawat Atirah kat rumahnya di Kampung Baru Alma, Bukit Mertajam.
Saya bagitau Atirah, benda lain jangan risau sangat. Saya taja perjalanan mereka ke UPSI minggu depan termasuk makan minum dan tempat tinggal. Lepas ni bila dia nak masuk belajar, saya akan berikan bantuan lain.
Laptop tu kalau rosak, bagitau saya, saya gantikan yang baru. Tapi nampak gayanya mesti akan tahan lama sebab Atirah memang sayang macam nyawa sendiri.
Atirah bakal jadi anak pertama dalam keluarga untuk masuk universiti, saya nak pastikan Atirah belajar sampai grad nanti.
Jalan teruih!