“Saya dah pernah hantaq memorandum untuk depa hentikan Projek Musang King, tapi depa tak mau jumpa kami pun”.
Pilu mendengar luahan hati Pakcik Abdul Rahman Ahmad, anak jati
Kampung Iboi, Baling - yang kehilangan ketiga-tiga ahli keluarga termasuk
isteri tercinta, Makcik Salmah, anak bongsu, Khairul Ikhwan dan menantunya,
Nurul Anis yang sedang mengandung empat bulan semasa tragedi kepala air di
kampung tersebut.
Makcik Salmah dan menantu, Nurul Anis ditemukan dalam keadaan
berpelukan di bawah timbunan kayu
Sudah berulang-kali gesaan dan amaran yang diberikan oleh
penduduk kampung, pencinta alam dan NGO.
Penyahutanan boleh mengakibatkan banjir lumpur ketika hujan
lebat. Atas sebab itulah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bertegas
mengatakan bahawa banjir di Baling ini disebabkan oleh penyahhutanan untuk
projek Musang King di Gunung Inas, Baling. Penyahutanan beserta perubahan iklim
yang ekstrem akan menjadikan banjir kilat jauh lebih serius berbanding
sebelumnya.
Jangan biarkan tragedi berulang tanpa kesungguhan politik
menanganinya
Cukup sakit di hati
dengan kejadian tersebut umpama dicucuk sembilu. Encik Rahman kehilangan
ketiga-tiga ahli keluarga termasuk isteri tercinta, Makcik Salmah, anak bongsu,
Khairul Ikhwan dan menantunya, Nurul Anis yang sedang mengandung empat bulan
semasa tragedi kepala air di kampung tersebut.