NURUL DAN NGO MELAWAT DAN MEMBERI BANTUAN MAKANAN KEPADA MANGSA GUNUNG INAS

 “Saya dah pernah hantaq memorandum untuk depa hentikan Projek Musang King, tapi depa tak mau jumpa kami pun”.

Pilu mendengar luahan hati Pakcik Abdul Rahman Ahmad, anak jati Kampung Iboi, Baling - yang kehilangan ketiga-tiga ahli keluarga termasuk isteri tercinta, Makcik Salmah, anak bongsu, Khairul Ikhwan dan menantunya, Nurul Anis yang sedang mengandung empat bulan semasa tragedi kepala air di kampung tersebut.

Makcik Salmah dan menantu, Nurul Anis ditemukan dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan kayu 

Sudah berulang-kali gesaan dan amaran yang diberikan oleh penduduk kampung, pencinta alam dan NGO.

Penyahutanan boleh mengakibatkan banjir lumpur ketika hujan lebat. Atas sebab itulah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bertegas mengatakan bahawa banjir di Baling ini disebabkan oleh penyahhutanan untuk projek Musang King di Gunung Inas, Baling. Penyahutanan beserta perubahan iklim yang ekstrem akan menjadikan banjir kilat jauh lebih serius berbanding sebelumnya.

Jangan biarkan tragedi berulang tanpa kesungguhan politik menanganinya 






Cukup sakit di hati dengan kejadian tersebut umpama dicucuk sembilu. Encik Rahman kehilangan ketiga-tiga ahli keluarga termasuk isteri tercinta, Makcik Salmah, anak bongsu, Khairul Ikhwan dan menantunya, Nurul Anis yang sedang mengandung empat bulan semasa tragedi kepala air di kampung tersebut.